Dzulfahmi |
Jurucakapnya, Dzulfahmi Abu Bakar berkata, kesemua projek itu diluluskan sebelum Mac 2008, iaitu semasa Barisan Nasional mengausai Kerajaan Negeri.
Malah katanya lagi, 19 kelulusan yang diberikan selepas Mac 2008 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebenarnya adalah projek khas yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum Mac 2008 berdasarkan garis panduan geo-teknikal biasa.
"Bagi saya, sepatutnya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari awal lagi tidak meluluskan kesemua projek misteri itu.
"Umno dan Barisan Nasional menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Pakatan Rakyat di kampung-kampung sekarang ini untuk menutup 'bangkai dinasor' yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa menguasai Kerajaan Negeri dulu," ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) DPP NPP.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pemimpin Umno Barisan Nasional seakan cuba mengkambinghitamkan MPSP selain menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak cakna keselamatan rakyat dan menjaga alam sekitar.
"Mereka (Umno Barisan Nasional) tahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mungkin akan membatalkan projek-projek lereng bukit itu sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini mengaku sangat simpati dengan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.
"Jika pemimpin Pakatan Rakyat mahu membatalkan serta-merta semua projek ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan pampasan beratus juta ringgit hatta berbilion ringgit yang mungkin memufliskan negeri bagi menghadapi risiko saman oleh pemaju-pemaju berwajib," ujarnya.
Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan unsur penyelewengan pemimpin Umno Barisan Nasional semasa menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -END
No comments:
Post a Comment