Dalam kesibukan saya dalam dunia kewartawanan di Pulau Pinang, saya berpeluang sekali lagi berkelana di bumi tarbiyyah An-Nahdhoh.
Kali pertama, tiga hari lepas iaitu semasa saya ditugaskan untuk menemuramah pengasas Yayasan an-Nahdhoh, al-Fadhil Tuan Guru Mutalib Maarob.
Tok guru pondok modan ini diiktiraf sebagai Tokoh Maulidurrasul oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Sebab itu saya diminta mewawancara tokoh agamawan ini. Nantikan wawancara eksklusif mengenai agamawan ini dalah akhbar Buletin Mutiara edisi Jun II pada hujung bulan ini.
Dalam tulisan berwajib, saya berasa an-Nahdhoh di Pulau Pinang ini tidak ubah seperti perkampungan ilmu Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka.
Pagi Jumaat di perkarangan an-Nahdhoh tak kurang hebatnya dengan perkampungan ilmu di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada masa dan hari yang sama.
Menunggu masuk waktu Asar tidak tersia, zikir munajat serta nasyid mengingat Tuhan sungguh indah.
Pakaian serbah putih para huffaz al-Quran mengingatkan saya pada alam persekolahan dahulu di SMKA al-Mashoor (L).
Beginilah kami, syahdu dalam mengingat kebesaran Allah. Sudah lama, tidak mengecapi suasana sebegini, terutama selepas dikejar dek profesyen kewartawanan dunia.
Mengalir air mata keinsafan, kerana kenangan lama terdedik selepas melihat biah solehah ketika sekarang ini.
"Ajarkanku tentang cinta-Nya..." bisik hati kecil.
ZAINULFAQAR YAACOB
Yayasan an-Nahdhoh, Pmtg Pauh | 5.10 petang
No comments:
Post a Comment