20 March 2012

Warga emas terima RM100 sesakkan Maybank

Guan Eng & Tanasekharen diramahi warga emas.
TiDAK putus-putus warga emas di beberapa Maybank sekitar Pulau Pinang bagi menuntut RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Tinjauan Buletin Mutiara di Maybank cawangan Bagan Luar mendapati kira-kira 100 warga emas masih menunggu giliran untuk menerima sumbangan tersebut.
Pegawai Seranta Bagan Dalam, Gesan a/l Kandasamy, 46 ketika ditemui berkata, seramai 1,320 warga emas telahpun menerima tunai RM100 sehingga tengah hari itu.

"Penerima yang layak sebenarnya 3,097 orang tetapi sehingga tengah hari ini, baru 1,320 orang telahpun menerimanya," kata beliau, di sini.

Kelihatan ADUN Bagan, A.Tanasekharen dan (kanan) Lim Hock Seng (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) turut hadir meramahi warga emas, di sini

Warga emas, Asma Musi (kiri), 63, yang ditemui kemudian merakamkan penghargaan kepada pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng kerana prihatin dengan warga emas di negeri berkenaan.

"Terima kasih lah sebab (pentadbiran) Guan Eng beri RM100. Walaupun tak banyak, duit ini bermakna bagi saya," ujarnya.

Beliau berkata, beliau menerima sumbangan RM100 setiap tahun bermula tahun lepas. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus