07 March 2012

Stevan Sim, anak P.Pinang yang diiktiraf dunia

EKSEKUTIF Kanan Penang Institute Stevan Sim Cheng Keong (kanan) merupakan salah seorang dari dua anak Malaysia yang dipilih dunia sebagai 'Young Global Leader' oleh World Ekonomic Forum baru-baru ini.

Seorang lagi, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kedua-dua 'anak Malaysia' itu merupakana tergolong dalam 191 pemimpin muda sedunia dari 59 negara yang menerima pengiktirafan berprestij pada tahun ini.

Pengiktirafan itu sekaligus meletakkan mereka sebaris dengan pengasas Google, Larry Page dan David Cameron (Perdana Menteri United Kingdom).

Mereka diiktiraf serta diberi penghormatan berdasarkan kriteria kepemimpinan yang cemerlang, pencapaian profesionalisme serta komitmen masing-masing kepada masyarakat.

Zairil Khid Johari (kiri) selaku Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) di Penang Institute dalam satu kenyataan media menganggap pemilihan Stevan Sim itu suatu kebanggaan bagi rakyat Pulau Pinang dan negara ini.

"Institut Pulau Pinang amat berbangga bahawa salah seorang daripada kita telah dipilih untuk penghormatan berprestij ini.

"Steven Sim, bukan sahaja membuatkan Institut (Pulau Pinang) bangga, (bahkan) beliau turut membawa kebanggaan dan kegembiraan (yang) banyak ke Pulau Pinang dan Malaysia," ujarnya melalui e-mel kepada Nota Kecil.

Stevan Sim pernah dikenali sebagai seorang aktivis serta pemimpin mahasiswa dari Universiti Malaya; seorang penganut Kristian yang moderat lagi sederhana.

Sebelum dipilih ke forum Young Global Leaders (kanan), Stevan Sim merupakan seorang pembantu yang menguruskan keseluruhan kumpulan pemikir Penang Insstitute supaya melonjak institusi tersebut sebagai pusat penyelidikan dasar kerajaan terkemuka di rantau ini.

Sejak Januari 2011 sehingga sekarang, Stevan Sim turut dipilih sebagai salah seorang ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Pulau Pinang.

Peranan Stevan Sim di peringkat antarabangsa juga tidak asing apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta dalam Program Kepemimpinan Antarabangsa Negara-Negara Pelawat 2009 di Amerika Syarikat serta pernah menjadi tetapi Presiden Barak Obama pada ketika itu.

Stevan Sim merupakan bekas Setiausasa Eksekutif di Network of Social Democracy in Asia.

ANAK PULAU PINANG, HARAPAN MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus