07 March 2012

Sandiwara Umno tutup skandal RM500 juta Yayasan Selangor?

PEMBANGKANG Selangor hari ini mencabar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melantik juruaudit bebas bagi menyiasat ketirisan aset Yayasan Selangor (YS) yang dikatakan berjumlah RM500 juta demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar mendesak demikian sebagai reaksi pada pendedahan Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki yang mendakwa ketirisan itu berlaku pada era Barisan Nasional Umno memerintah negeri berkenaan, iaitu sejak 1991 hingga Mac 2008.

Sandiwara Noh antara lain mencabar kerajaan negeri mengemukakan bukti dan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat di negeri berkenaan supaya jangan membuat tuduhan secara semberono.

"Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti," ujarnya di Sinar Harian.

Beliau berdalih, pendedahan yang dikeluarkan oleh YS itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat.
Beliau turut memperlekeh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan sendiri oleh Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Kim. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus