25 March 2012

PRU13: PAS Sungai Acheh pinang Mujahid?

KEHADIRAN Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dalam Bengkel Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Aceh pagi ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Desas-desus yang diterima antara lain menyebut Dr Mujahid menerima pinangan PAS Kawasan Sungai Acheh untuk bertanding di peringkat Dun pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lepas, kerusi itu ditandingi oleh Dr Azhar Ahmad dari kerusi PKR dan tewas pada Mahmood Zakaria dari Umno dengan kekurangan kira-kira 250 undi dahaja.

"Kerusi Sungai Acheh asalnya adalah kerusi tradisi PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada pilihan raya umum lepas, perbincang lah dengan PKR kerana parti itu adil dan demokratik dalam perbincangan," ujar Mujahid, di Pasti Nurul Hakim, Sungai Air Itam, Sg Acheh.

Sumber dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang memberitahu bahawa Dr Mujahid bukan sahaja menerima pinangan dari Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Acheh, Abdul Rahman Ramjan.

Malah, Mujahid antara tiga nama yang dinamakan oleh PKR Cabang Sungai Acheh. Dua nama lain adalah Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Rizal Hamid dan Dr Azhar sendiri.

Dalam pada itu, mesyurat Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru lain antara lain menyaksikan PKR sedia memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Sungai Acheh dengan syarat Mujahid sebagai calon.

"Pak Mus (Datuk Mustapa Kamal) PKR sendiri yang kata PKR sendiri sedia beri laluan jika Mujahid bertanding. Datuk Mansor Othman (Pengerusi PKR Pulau Pinang) pun ada dalam rundingan itu," ujar sumber.

Dr Mujahid dalam reaksi spontan berkata adalah tidak penting sama ada beliau atau calon-calon PAS lain yang bertending di Sungai Acheh.

"Tak kira sesiapa pun bertanding, yang penting PAS cop (pastikan) dulu PAS tanding di Sungai Acheh sebab itu kerusi PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada pilihan raya umum dulu," ujar Mujahid lagi.

Sekiranya Mujahid nyata bertanding di Sungai Acheh kelak, sekaligus mengembalikan tokoh tersebut dalam radar politik Pulau Pinang.

"Yang penting PAS Pulau Pinang kembali kuat, Kepemimpinan (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) Datuk Saleh Man akan kian kuat di negeri ini, jika Mujahid bertanding di Sungai Acheh dan menang," ujar seorang pemimpin MTD Sungai Acheh. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus