Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini membuat pendirian sedemikian selepas mengadakan perbincangan bersama-sama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di negeri berkenaan serta melawat bangunan berusia lebih 100 tahun tersebut di Lebih Pantai, George Town.
"Keputusan awal yang dibuat oleh Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) dan saya adalah betul, iaitu kita kekalkan bangunan itu dan tidak akan membenarkan ia dirobohkan," ujarnya dalam satu sidang media di George Town.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membantu SPRM untuk memulihara semula bangunan warisan ketegori ke-2 tersebut dengan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat memandangkan bangunan ini adalah milik kerajaan pusat," ujarnya.
Turut hadir lawat kerja Ketua Menteri itu antaranya Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Cadangan merobohkan Bangunan Badan Pencegah Rasuah Pulau Pinang tersebut dicetuskan oleh SPRM Pulau Pinang sendiri bagi memudahkan proses pembinaan quaters staf suruhanjaya itu di satu tapak bersebelahan bangunan berkenaan. -END
No comments:
Post a Comment