07 March 2012

Polis ganas undang amarah 100 penduduk Kg. Telok Bahang


Gambar sekadar hiasan

KiRA-KiRA 100 orang kampung dekat Telok Bahang menyerang balai polis di kawasan berkenaan gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan seorang polis bertindak kasar ke atas sekumpulan remaja yang didakwa 'mat rempit' sehingga berlaku kemalangan.   

Sambil meminta rakyat bertenang dan bersabar, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih dijalankan.
"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti dikenakan tindakan undang-undang.
"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan," katanya di Bernama.
Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu lepas, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.
Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Akibat insiden itu, kira-kira 100 penduduk di kampung terbabit berang dan membaling batu dan kayu ke arah balai polis kira-kira pukul 6.30 Ahad.
Mereka bersurai empat jam kemudian setelah rundingan antara pegawai polis dan wakil penduduk berhasil. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus