18 March 2012

Mahkamah Perancis terima bicara Scorpene Najib

SKANDAL rasuah kapal selam Scorpene akhirnya dibicarakan di mahkamah Perancis meskipun mahkamah di negara ini masih bertungkus lumus mencari dalang perasuah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kes yang dibawa oleh NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu akan dibicarakan dalam masa terdekat selepas tiga tahun menunggu.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel membuat pengesahan demikian dan informasi lanjut akan didedah hari ini.
"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya, lapor Malaysiakini.


Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus