Skip to main content

Jemputan ke Konvensyen Wanita PKR P.Pinang esok

Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang bermula pada jam 9 pagi esok akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Hj Othman.

Konvensyen tersebut bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.

Demikian maklum balas Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri menjemput seluruh wartawan dan blogger hadir ke konvensyen tersebut.

Konvensyen selama sehari itu dijangka membincangkan mengenai persiapan sayap wanita dalam memenangkan PKR dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada Mei depan. -END