20 March 2012

PRU13: Daim buat 'psikologi balikan'

RAMALAN Tun Daim Zainuddin kononnya BN 'selamat' di Johor, Melaka dan Pahang sahaja seolah-olah suatu kenyataan 'psikologi balikan'.

Mungkin veteran Umno itu sedang berusaha menyemarakkan patriotisme jentera Barisan Nasional untuk mempertahankan legasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin juga kenyataan itu ditujukan kepada jentera Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus dibuai mimpi di sing hari.

Pelbagai kemungkinan ada di sebalik kenyataan itu sementara menunggu tanggal 3 Jun yang didesas-desuskan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Pakatan Rakyat juga sewajarnya membuat kenyataan "psikologi balikan" supaya perang pilihan raya kali ini memberi kelebihan kepada rakyat, bukan lagi Umno.

Rakyat mungkin 'meluat' jika kita terus mengwar-warkan PR menguasai Putrajaya kerana beberapa percubaan kita mendinginkan.

Tetapi, jika dipupuk ke atas rakyat untuk membantu PR menjadi pembangkang terkuat di semua negeri yang dikuasai BN, mungkin boleh melonjak kita pergi lebih jauh dari itu.

"Dalam pilihan raya umum kali ini, kita yakin akan menjadi pembangkang paling kuat di semua negeri yang diperintah Umno BN berkat sokongan rakyat terbanyak...selain mempertahankan Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang." - Nota Merah

Hati-hati...


Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus