23 March 2012

Bayan Mutiara: Pemuda Umno pula fitnah P.Pinang

CADANGAN membina sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti serta kompleks membeli belah yang kononnya di atas tanah Bayan Mutiara sebelum dijual merupakan cubaan fitnah terbaru Pemuda Umno demi memburukkan imej Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno) dan Datuk Zainal Abidin Osman (Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang) cuba menfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sungguhpun gagal membawa bukti serta enggan melepaskan arena politik masing-masing seperti yang dicabar.

Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkali-kali menjelaskan bahawa penjualan tanah bernilai RM1.07 juta kepada pemaju Ivory dilakukan secara tender terbuka, sambil mempersoal tindakan Umno kerana enggan menawarkan harga yang lebih tinggi untuk membeli tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) daripada kerajaan negeri.

"Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tapak masjid adalah tindakan bongkak dan sangat biadab dan boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Guan Eng tidak boleh sama sekali mengganggu gugat harta milik orang Islam dan sepatutnya tapak itu sudah dipecah sempadankan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan oleh MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang," ujar Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin di George Town, semalam.

Beliau berdalih bahawa tanah Bayan Mutiara itu dicadangkan untuk membina beberapa prasarana awam, bukan untuk dijual oleh PDC.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai pentadbiran Guan Eng memperuntukan sebahagian dari hasil jualan tanah tersebut, iaitu RM500 juta untuk membina hampir 12,000 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Batu Kawan demi membela rakyat terbanyak di Pulau Pinang. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus