Skip to main content

Anugerah 4 bintang MPPP, MPSP dirai

MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dipilih antara 21 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik di negara ini dengan menerima anugerah empat bintang daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Pusat. 

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada semua pihak berwajib atas kejayaan tersebut.

[BAGUS... Chow Kon Yeow, Patahiyah Ismail dan Maimunah Mohd Sharif mempamerkan sijil pengiktirafan yang diterima manakala ahli-ahli majlis lain menunjukkan gaya "bagus" pada sidang bergambar bersama wartawan.]

"Berbanding dengan negeri-negeri lain, Pulau Pinang hanya mempunyai dua PBT. Dengan anugerah empat bintang ini, ertinya seluruh (rakyat) Pulau Pinang dapat empat bintang.

"Tahniah kepada semua pihak atas kejayaan ini," ujarnya di Dewan Bandaraya, George Town.

Sidang akhbar dan majlis keraian itu turut dihadiri Yang DiPertua MPPP, Patahiyah Ismail, Maimunah Mohd Sharif (Yang DiPertua MPSP) serta ahli-ahli majlis bagi kedua-dua PBT berkenaan.

Kon Yeow berkata, Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) mula diperkenalkan empat tahun lepas dan kedua-dua PBT Pulau Pinang hanya menerima tiga bintang bagi tahun 2008/2009.

Penilaian dwi tahunan itu adalah hasil cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri dengan melihat empat aspek utama iaitu pengurusan (30 markah), perkhidmatan teras (35 markah), pengurusan pelanggan (15 markah) serta pengertaan dan pandangan komuniti (20 markah). Markah keseluruhan adalah 100 markah.

Dalam Mesyuarat Majls Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 21 Mac lepas MPPP diumumkan berada pada tangga ketujuh dengan 83.96 markah, manakala MPPP pada tangga ke-21 dengan 75.16 markah.

"Tidak ada mana-mana dewan atau majlis bandar raya atau majlis perbandaran atau majlis daerah yang menerima anugerah tertinggi (iaitu) lima bintang.

"MPPP dan MPPP merupakan antara 21 PBT yang menerima anugerah empat bintang," ujarnya.

Rekod pencapaian kedua-dua PBT berkenaan, katanya, sekaligus mencerminkan kejayaan berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan dasar Cekap, Akauntabel, Telus (CAT). -END