07 March 2012

400 pesara 'polis British' tuntut janji Najib RM3,000

PENTADBiRAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan pandai menabur janji sahaja, tetapi lambat menyalurkan sagu hati khas sejumlah RM3,000 kepada bekas Konstabel Khas (SC) dan bekas Home Guard (HG) yang berkhidmat menentang komunis bagi mempertahankan kerajaan British di tanah air ini.

Bekas SC Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 74 merupakan salah seorang dari 400 bekas SC yang menuntut janji politik daripada Najib yang juga Menteri Kewangan 1.

Sambil mengaku dihimpit kemiskinan, Abdul Ghani menuntut kerajaan Umno Barinsan Nasional pusat menyegerakan proses pembayaran itu.

"Lebih menyedihkan, ada antara bekas SC dan HC di Hulu Perak tinggal dalam rumah usang dan hampir roboh dengan keadaan amat daif selain hidup sebatang kara.

"Pihak (kerajaan penjajah) British dahulu tidak pernah memberi sagu hati dan kerajaan kini pun tidak memberi sebarang pencen.

"Justeri, kami amat mengharap sagu hati berkenaan diagihkan segera," katanya.

Awal Februari lepas, Pengarah Jabatan Hal Ehwa Bekas Polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ahmad Najme Muhammad, dilaporkan berkata, jabatannya akan melaksanakan pemberian saguhati khas RM3,000 kepada lebih 7,000 bekas polis yang layak.

Pemberian bantuan itu kononnya membabitkan peruntukan RM218.6 juta.

Nada yang sama turut disuarakan oleh seorang lagI pesara SC, HG dan Harimau Malaya, Wan Nik Wan Ngah, 88.

"Saya berharap, bayaran itu dipercepatkan kerana kami sudah uzur dan mahu merasa wang itu sebelum meninggal dunia," tegas beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus