03 March 2012

300 Wanita PKR ikrar pertahan P.Pinang di PRU13

HAMPIR 300 Wanita Keadilan Pulau Pinang berikrar untuk mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Wanitanya, Norhayati Jaafar berkata, "Ikrar wanita tersemat di hati, Pulau Pinang wanita pertahankan, Putrajaya wanita perjuangkan."

Ikrar tersebut disemarakkan dalam Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang di Hotel Seri Malaysia dekat Kepala Batas.

Sebelum pada itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Haji Othman ketika berucap menyifatkan konvensyen tersebut pecutan akhir untuk merampas Parlimen Kepala Batas yang dikatakan kubu kuat Umno di negeri berkenaan.

"Sebab apa, konvensyen ini di buat di Kepala Batas. Insya-Allah, wanita akan menjadi jentera paling kuat untuk mengajak rakyat membuat perubahan di kubu kuat (Parlimen Kepala Batas) ini kelak," ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Turut hadir, Ketua Cabang Keadilan Balik Pulau merangkap Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Abdul Malik Abul Kasim (Ketua Cabang Keadilan Tanjong merangkap Exco Kerajaan Pulau Pinang) dan Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Berita lanjut, menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus