22 February 2012

Perkasa tak suka dilihat 'Terorisme'

ORANG Cina di negara ini mungkin berpusu-pusu menyokong Umno, MCA dan Gerakan di pilihan raya umum ke-13 nanti jika Lim Guan Eng berpeluk tubuh melihat  "terorisme" Perkasa.

Sebab itu, nada terorisme disuarakan sendiri oleh setiausaha agung pertubuhan pendesak Melayu berkenaan.

“Satu lagi cara anak kepada bapak segala rasis dalam negara ini untuk mendapatkan undi kaum Cina...pada Perkasa, Guan Eng yang bermain api," kata Syed Hassan Syed Ali.

Beliau begitu marah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ditegur kerana mendekati Perkasa.

Perkasa mungkin lupa dengan tindakan "terorisme" presidennya Datuk Ibrahim Ali menghina Cina pada Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan memberi angpow putih yang lazim diberikan pada upacara kematian sahaja.

Patutlah Najib ditegur supaya tidak meramahi budaya 'terorisme'. Tidak mungkin Syed Hassan atau Ibrahim sendiri akan membuang budaya 'terorisme' jauh-jauh lalu menegur Najib.

Weltanschauung Melayu antaranya beragama Islam serta tidak mengajak pada kebencian sesama kaum.

Ini kerana, Allah sendiri berfirman yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." (Surah al-Hujurat: 13)
Mengambil ajaran Islam akan meletakkan seseorang Melayu itu dekat dengan kesederhanaan serta taqwa.

Mengambil ajaran Perkasa akan mendekatkan Melayu pada 'terorisme'.

Jika Guan Eng tidak menegur Najib pun, orang bukan Melayu terbanyak telah menolak 'terorisme' Perkasa.

Perkasa bermain api mungkin untuk mengembangkan 'terorisme' mereka sahaja supaya rakyat khususnya pengundi Melayu kekal menyokong Umno.

Teroris tidak menyokong grup yang demokratik. Teroris hanya akan menyokong grup yang menyokong terorisme sahaja. Sebab itu Perkasa sokong Najib-Rosmah. Najib-Rosmah pun sokong Perkasa.

Siapa terorist, angkat tangan?



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus