29 February 2012

Jingga 13 P.Pinang lancar 'Gerakan 1,000 Kamera' hadapi provokasi Umno

Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen "Gerakan 1,000 Kamera" sempena menghadapi kemungkinan serangan liar pemuda Umno dalam debat terbuka di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor pada malam ini.

Koordinatornya, Amizuddin Ahmad berkata pihaknya berbuat demikian supaya insiden dua wartawan akhbar harian Cina Kwong Wah Jit Poh yang diserah sehingga tercedera dalam Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota pada Sabtu lepas tidak berulang.

Adam Chew, 29 tercedera di lengan manakala kepala Lee Hong Chun, 25, menerima hentakan dek topi keledar.

"Jika grup liar berkenaan bertekad untuk menyerang, kami menyeru rakyat untuk tidak menyerang balas (ke atas pemuda Umno).

"Kita rakam setiap tindak tanduk liar mereka pada malam ini (jika berlaku) dan biar rakyat menilai mereka pada pilihan raya umum ke-13," ujarnya melalui e-mel ke Nota Kecil.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengutuk tindakan provokasi pihak tertentu meletak bangkai ayam berdarah di pusat khidmat rakyat PKR Dun Seberang Jaya yang dijumpai pagi tadi.

Debat mengenai baik buruk menghapuskan tol Plus pada malam ini antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telahpun mengesahkan kehadiran pada majlis debat terbuka itu.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) selaku penganjur dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, jika Nor Mohamed tidak tampil sekalipun, pihaknya akan tetap meneruskan dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin muda utama dari PKR, DAP dan PAS.

Semarakkan demokrasi dengan menyertai debat terbuka malam ini! -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus