25 February 2012

Sumber dalam PKR nafi "Ustaz" kena tangkap basah

SUMBER dalaman alternatif PKR di Tropicana, Petaling Jaya baru menafikan berita mengenai "Ustaz PKR" Selangor kena tangkap basah semalam? melalui telefon ke Nota Merah.

Pemberi maklumat yang enggan namanya diketahui khalayak berkata, ketika pegawai pencegah maksiat dan polis hadir di kamar Hotel Swiss-Garden dekat Kuantan, Pahang, "Ustaz PKR" terbabit ditemui berseorangan dan bukan berkhalwat.

"Perempuan itu dengan anak dan mak perempuan itu ada bersama ketika itu. Pegawai (pencegah maksiat) dan polis membuat ketetapan bahawa itu bukan kes khalwat...(kerana) apabila pegawai (pencegah maksiat) dan polis datang, Ustaz terbabit keseorangan," ujar beliau kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

Sumber turut menafikan laporan sebelum ini, kononnya "Ustaz" berkenaan dibelasah oleh suami serta waris perempuan tersebut.

"Suami dan adik beradik perempuan itu memang ada masalah dengan perempuan itu (sebab itu) suaminya sendiri minta perempuan itu mendapatkan nasihat daripada 'Ustaz'. Semua SMS antara suami perempuan itu dan 'Ustaz' masih dalam simpanan peribadi masing-masing sebagai bukti (berwajib)," ujarna lagi.

Dalam perkembangan yang sama, sumber turut menyindir Nota Kecil serta menganggap blog ini menyerupai majalah gosip selebriti URTV ekoran menerbitkan isu kontroversi mengenai pemimpin parti berkenaan.

Berita lanjut menyusul kemudian

1 comment:

  1. http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-ustaz-badrulamin.html

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus