![]() |
| PENULIS (dua dari kanan) saling berbincang dan diberi taklimat mengenai usaha memajukan infrastrutur lokal serta meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat menerusi program anjuran JPKKP Kampung Perlis dekat Balik Pulau di sini baru-baru ini. |
JAWATANKUASA Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Perlis dekat Balik Pulau telahpun dipilih mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Kampung MADANI Terbaik Peringkat Kebangsaan 2025 pada tanggal 9 Ogos nanti.
Ditemani seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Balik Pulau, Sdr Idzham Ahmad, saya berpeluang menemu ramah Pengerusi JPKKP Kampung Perlis, Fazil Akashah Othman, 54.
Hampir sejam juga, pemimpin komuniti itu berkongsi mengenai usaha-usaha kolektif yang dibuat bagi memajukan komuniti kampung, antaranya termasuk memanfaatkan geran persekutuan berjumlah RM100,000 dengan mewujudkan kiosk niaga ‘CFC Cabin Food Court’ sebagai produk pelancongan desa di sini.
Bagi saya, untung apabila Umno menjadi sebahagian parti pemerintah dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Y.A.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perkongsian kuasa bagi meneruskan khidmat parti peringkat akar umbi melalui agensi persekutuan - lain tak bukan adalah JPKKP.
Menyorot sejarah, Kerajaan Perpaduan ditubuhkan peringkat Persekutuan pada 24 November 2022 iaitu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15); sementara di negeri Pulau Pinang pula pada 12 Ogos 2023, iaitu selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
Penjajaran politik yang diterokai Umno dan BN semasa penubuhan Kerajaan Perpaduan pada kedua-dua peringkat bukan mudah sebenarnya, antaranya termasuk lah pengagihan jawatan Pengerusi dan Setiausaha bagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Pulau Pinang.
Kata Pengerusi JPKKP Kampung Kebun Sireh, En. Samsudin Saat dalam mesyuarat sulung waktu itu, daripada 375 MPKK yang meliputi 13 kawasan Parlimen dan 40 KADUN sekitar Pulau Pinang, hanya 32 sahaja ditawarkan kepada Umno negeri.
“Bukan mudah untuk Presiden Umno Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kamajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menubuhkan sebuah agensi baharu kerajaan peringkat komuniti memandangkan telah ada MPKK yang dahulu dikenali sebagai JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti).
“Atas kebijaksanaan pemimpin Umno dalam berkongsi kuasa dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, bukan sahaja cadangan penubuhan JPKKP dipersetujui dan diminitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2024, malah proses penyaluran dana fiskal berwajib menerusi Majlis Kewangan Negara turut selesai pada waktu itu juga.
“Ketua Penerangan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Noor Ahmad dalam satu mesyuarat berkata: JKKKP boleh wujud dahulu pun atas sebab kebijakan pemimpin Umno di atas sana (yang mana polisi itu) ‘bukan Tuhan yang buat’.
“Kalau ada pemimpin Melayu negeri seakan tidak bersedia berkongsi MPKK negeri atas semangat Perpaduan, apa susah - BPUNPP (Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang) boleh mensyor KKDW menubuhkan sebuah agensi baharu bagi pihak Kerajaan Pusat untuk ejen parti Umno meneruskan khidmat peringkat komuniti.”
Menerusi telefon menjelang masuk Maghrib tadi, saya memberitahu bahawa PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) ditubuhkan dan berjaya beroperasi pada kedudukan sekarang pun adalah hasil ijtihad politik pemimpin Umno terdahulu dengan mewujudkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974), atau ringkasnya Akta 144.
Veteran Umno, Y.M. Tengku Razaleigh Hamzah atau mesra dipanggil Ku Li dalam satu sesi temu bincang anjuran parti dekat PWTC Kuala Lumpur pasca PRU14 lepas antara lain menjelaskan Akta 144 sengaja digubal sedemikian demi memberi kuasa dan hak milik penuh kepada PETRONAS sahaja atas semua sumber minyak dan gas di Malaysia, termasuk di darat dan perairan wilayah.
“Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, Putrajaya pernah ada usaha meneroka industri tenaga dari janaan sumber tenaga nuklear sebab mahu rakyat teramai menikmati tarif elektrik lebih murah, justeru, PETRONAS boleh dijenamakan serta distrukturkan semula sebagai ‘Petroleum and Renewable Energy Nasional Berhad' (PETRONAS) dengan meminda akta berkaitan supaya GLC itu diberikan mandat bagi memonopoli pengagihan tenaga negara, sekali gus menstabilkan tarif utiliti itu,” kata saya kepada kawan berkenaan.
PETRONAS memang mampu memperluas fungsi hakikinya berdasarkan rekod seperti di bawah;
• PETRONAS mencatat perbelanjaan modal (CapEx) kira‑kira RM52.8 billion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, naik sedikit 3 % berbanding tahun sebelumnya (FY2023).
• CapEx FY2023 pula ialah RM52.8 billion, daripada jumlah 5 tahun perancangan RM300 billion (2023–2027), dengan 16 %-nya disalurkan kepada projek tenaga bersih dan dekarbonisasi .
• RHB Research mengunjurkan pengurangan sekitar 20 % ke RM43 billion bagi FY2025 kerana ketidaktentuan rundingan dengan Petros (Sarawak) serta perlambatan hasil operasi.
• Kenanga Research / Hong Leong IB pula memberi anggaran PETRONAS akan mengekalkan CapEx ≥ RM50 billion bagi FY2025, khususnya untuk penyelenggaraan agar pengeluaran dapat stabil meskipun kehilangan potensi pendapatan gas Sarawak ~RM10 billion.
• Kedua-dua firma melihat penurunan CapEx antara RM5~10 billion merupakan perkara yang telah “diharga dalam pasaran,” dengan indeks tenaga tempatan telah susut sekitar 20 % sejak Jun 2024.
Berdasarkan beberapa rekod pencapaian semasa, PETRONAS sebenarnya memang boleh mengembangkan operasinya - termasuk memonopoli sektor tenaga diperbaharui jika Kerajaan Persekutuan mahu melaksanakan langkah berwawasan tersebut - tetapi yang dapat kita lihat pelaburan modal (CapEx) dirosotkan dan telah meninggalkan kesan berantai kepada pelbagai perkara lain secara politik, ekonomi dan sosial.
“Bayangkan jika Akta 144 dipinda bagi memperluas mandat operasi kepada PETRONAS sahaja untuk memonopoli sumber petroleum negara dan industri tenaga diperbaharui dari sumber nuklear, agak-agak ‘maha kaya’ mesra PKR macam syarikat Farhash Wafa Salvador ada peluang terima lesen carigali mineral Sabah di kawasan tiga kali ganda keluasan KL?” tanya saya.
Salam Maghrib!

Bacaan lanjut, tekan di sini.

Comments
Post a Comment