
RIUH rendah belakangan ini apabila Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim mengumumkan peluncuran Kota MADANI dekat Presint 9 Putrajaya.
Di atas tanah seluas 41.28 hektar atau 0.8% daripada keseluruhan Putrajaya itu, akan dibina sejumlah 10,000 unit kuarters untuk penjawat awam.
Memetik sumber Berita Harian semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilaporkan menegaskan bahawa pembangunan Kota MADANI tidak sama sekali bertujuan menggantikan Putrajaya, sebaliknya menjadi pelengkap kepada bandar pentadbiran itu.
"Tak betul (bazir duit rakyat). Ia dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta dengan konsep BLMT (Build-Lease-Maintain-Transfer) oleh Putrajaya Holdings. Kos pembangunan RM4 bilion ini ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.
"Pemaju juga akan menanggung kos penyelenggaraan. Selepas 25 tahun, keseluruhan projek ini akan jadi milik kerajaan," katanya.
BLMT itu ‘menatang apa’?
Sebelum pergi lebih jauh, perlu kita tahu bahawa Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH) sebagai GLC (syarikat berkaitan kerajaa) Persekutuan kerana ia milik secara tidak langsung oleh Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional Berhad (GLC juga).
Ada empat perkara penting di sebalik model pembiayaan BLMT atau Build-Lease-Maintain-Transfer ini, iaitu:-
Build - Pihak swasta yang membina kemudahan dengan kos ditanggung olehnya sendiri.
Lease - Kerajaan Malaysia menyewa kemudahan tersebut untuk tempoh tertentu.
Maintain - Pihak swasta berkenaan jugalah bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kemudahan tersebut selama tempoh sewaan.
Transfer - Selama tamat tempoh sewaan, semua kemudahan itu akan dipindah milik kepada Kerajaan Malaysia tanpa kos tambahan ataupun pada kos nominal (harga yang sangat rendah serta bukan berdasarkan pasaran sebenar).
Bayangkan syarikat pemaju rentier capitalist swasta bernama Consortium Zainulfaqar yang dapat projek perkongsian awam swasta (PPP) ini, memang patut pun dipertikaikan kaw-kaw.
Ini kerana, ketika sektor hartanah swasta sedang menghadapi isu overhang properties dan overproductiong, Consortium Zainulfaqar boleh sedap-sedap bina baharu projek perumahan swasta dan dapat ‘subsidi’ langsung daripada Kerajaan Persekutuan hari ini.
Tapi, Kota MADANI ini dibina oleh PjH.
Lebihan keuntungan itu akan berlegar dalam bentuk aset sebenar atau aset kewangan bagi GLC tersebut sahaja.
Senario terburuk di sebalik pelaksanaan projek Kota MADANI ini adalah kelompok lantikan politik akan menikmati lebihan keuntungan kasar (LKK atau surplus value) dalam bentuk bonus tak munasabah, susulan PjH dapat projek mega itu.
Di samping itu, para pembekal yang terlibat - mesra parti pemerintah - dalam projek tersebut juga akan menikmati lebihan keuntungan terbanyak, di sebalik pelaksanaan projek Kota MADANI tersebut.
Selalu saya sebut peri penting Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih (deficit spending) mengikut keperluan sebenar ekonomi rakyat.
Deficit spending yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi sektor awam adalah hampir menyamai jumlah simpanan duit bersih (net savings) bagi sektor swasta.
Ini, naratif mudah untuk faham sectoral balances!
Jumlah net savings yang ditingkatkan juga akan menyumbang pada pertumbuhan ekonomi (baca: Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK) secara ‘lebih sihat’ iaitu bukan melalui pertumbuhan hutang isi rumah.
Berbalik pada penjelasan Menteri, Kota MADANI dekat Putrajaya itu tidak akan melibatkan wang rakyat (baca: suntikan fiskal oleh Kerajaan Persekutuan).
RM4 bilion itu mungkin diperoleh dengan cara Khazanah Nasional Berhad menerbitkan bon korporat, lalu dibeli oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun depositor guaranteed yang lain. Dan, PjH sendiri akan melaksanakan projek pembinaan ‘rumah sewa selesa penjawat awam’ tersebut.
Walaupun, kos RM4 bilion adalah off-balance sheet financing dan tidak menambah net savings dalam ekonomi, peruntukan itu tetap menyumbang pada kitaran ekonomi negara.
Justeru, seeloknya disokong projek tersebut kerana menambahkan aset kerajaan yang mempunyai nilai guna tinggi, di samping merelevankan polisi perumahan Kerajaan dengan citarasa rakyat teramai khususnya penjawat awam waktu PRU nanti.

Lebih kurang begitulah perkongsian saya dengan Ketua Penerangan Umno Negeri Pulau Pinang, lain tak bukan adalah Datuk Mohd. Noor Ahmad (gambar atas: kiri sekali), seusai satu acara di Balai Polis Bukit Tengah pada petang semalam.
Pun begitu, menurut Datuk Mohd Noor, ramai pihak mempersoal program Kota MADANI ini seakan tak merata ke kawasan-kawasan lain di luar Wilayah Persekutuan Putrajaya.
”Cara paling mudah nak menyusun demografi penduduk peringkat lokal antaranya dengan mewujudkan lebih banyak unit rumah sewa selesa untuk penjawat awam di ‘Parlimen Melayu’.
”Dalam konteks Pulau Pinang, kalau ada GLC Persekutuan membina sejumlah 3,000 unit rumah selesa khusus untuk penjawat awam di Batu Kawan, dengan sendirinya kawasan itu akan jadi ‘Parlimen Melayu’ sebab majoriti penjawat awam adalah Melayu dan penjawat awam boleh dianggap Malay Belt (jalur Melayu),” jelasnya lagi sambil memberitahu Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang ketika ini sedang membincangkan macam mana nak mewujudkan ‘penampan’ bagi beberapa ‘Parlimen Melayu’ sedia ada ketika arus pembangunan negeri begitu pantas.
Saya bersetuju dengan kata kunci Datuk Mohd Noor bahawa Kota MADANI diumumkan ketika pembangunan persekutuan lain dianggap tidak ‘merata’ ke kawasan-kawasan lain.
Di bawah ini, saya cuba kongsikan pendapat seorang sahabat, Dr. Raziq Micheal untuk bacaan lanjut;

Jam tangan digital menunjukkan waktu 2.24 pagi.
Selamat istirahat!
Comments
Post a Comment