Menteri Kewangan, Sdr Lim Guan Eng turut memaklumkan bahawa Duta Perancis Frédéric Laplanche juga telah memberikan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan negara.
20 Jun 2018 lalu lagi, telah saya sebut di Facebook bahawa perangai hakiki Guan Eng memang suka membongkarkan skandal kewangan itu dan ini.
Bukan ada sesiapa termasuk Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan Guan Eng mendedahkan ‘fail merah’ itu dan ini membabitkan skandal 1MDB dan rejim kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kerana perangai hakiki Guan Eng yang suka mendedahkan skandal kewangan itu dan ini, maka tidak wajar lah Lim Guan Eng ini dianggap tidak mendengar lagi nasihat Sdr Anwar Ibrahim supaya tumpu pada tugas-tugas sebenar sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang baru.
Menarik sebenarnya pendedahan blogger Pak Din, Daim Zainuddin Dan Mokhzani Mahathir Yang Mencadangkan Pembelian Kapal Selam.
Menurutnya, projek kapal selam ini dipelopori sejak tahun 1995 lagi, oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bersama-sama salah seorang anak Dr Mahathir bernama Mokhzani.
Waktu itu Najib adalah Menteri Pelajaran, bukan Menteri Pertahanan.
Waktu itu, Najib bukan lagi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang boleh memberi ‘lampu hijau’ pada cadangan membeli Scorpene secara tender tertutup.
Ibrahim Mohd Noor, iaitu CEO BERNAS bertindak bagi pihak Tun Daim, saling berkerjasama dengan Mokhzani mencadangkan versi German Type 212 (an Air-Independent Propulsion version of the Type 209 design) melalui syarikat yang dipanggil Perimekar Sdn Bhd.
Fahamnya Perimekar Sdr Bhd adalah vehichle mereka sebelum Najib dilantik menjadi Perdana Menteri lagi.
Dengan sendirinya kita akan faham, pemburuan Abdul Razak Baginda dalam skandal Scorpene kemudiannya, semata-mata untuk tutup dalang sebenar pelopor projek asal kapal selam Malaysia ini sahaja.
Dedah penulis lagi, sekitar September 2001, pemilikan Perimekar Sdn Bhd telah dipindahkan ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui ‘special purpose vehicle’ Boustead Bhd yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn Bhd adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby dan Mazlina Makhzan, isteri Abdul Razak Baginda.
Perjanjian untuk membeli dua kapal selam jenis Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani pada Jun 2002, apabila Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika itu yang akan memberikan kelulusan akhir untuk pemerolehan itu.
Semua cerita bawah tanah ini akan dikorek semula oleh pihak Perancis, dengan ‘lampu hijau’ daripada Guan Eng.
Setakat informasi di atas ini, (jika betul), kalau saya menjadi Perdana Menteri pun, saya tidak akan mengarahkan Menteri Kewangan saya iaitu Guan Eng untuk saling bekerjasama dalam membongkar skandal Scorpene ini.
Dan, sebab itu, saya kata segala keghairahan Guan Eng mahu skandal Scorpene dibongkarkan semula ini, menunjukkan perangai hakikinya, bukan kerana terima arahan Dr Mahathir.
Selepas ini, kalau proses pembongkaran skandal Scorpene ini tertangguh lagi, kita boleh bersangka ada arahan daripada Dr Mahathir.
Kalau ditanya kepada saya mengenai keghairahan serta perangai hakiki Guan Eng ini, tentu saya menyokong sikapnya yang anti penyelewengan kuasa dan anti rasuah.
Cuma, saya tak setuju seorang Menteri Kewangan mengabaikan tugasnya yang lebih hakiki, sampai dilihat semacam Ketua Penyiasat SPRM semata-mata.
Bayangkan.
No comments:
Post a Comment