23 June 2018

Maha Zalim Allah, tanya Nor


INSYIRAH Solehah berswafoto dengan maksunya Halimah Hazirah Hassan (iaitu adik bongsu kepada Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan) di Hentian Bas Ekspress Bentayan-Muar, Johor pada 3 petang 22 Jun 2018 tadi. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

             Tangis Nor tidak terhenti. Dia berasa kian sebak dengan apa yang dikata oleh Pak Kadir. Nor tidak sangka begitu serong dunia memandang kerja buat Nor demi membesarkan Qist.

             “Kerana Tuhan yang Maha Adil ini lah, Nor dan anak selamat di rumah ini,” balas Nor. Nor memberitahu bukan niatnya nak melacur diri di Rumah Merah yang tak jauh dari Komtar. Tempat kerjanya itu tidak jauh dari rumah flat di Lorong Amoi dekat tengah-tengah George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

               Masih segar dalam ingatannya, sejak Allahyarhamuhu Mat mati dalam suatu kemalangan jalan raya. Tepatnya kereta yang dipandu oleh suami Nor ditimpa blok konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang dulu. Waktu itu dia dan anak yang masih belum putus susu lagi di pelawa ke Pejabat Ketua Menteri. Di depan media, dia diberi sejumlah sumbangan dalam bentuk cek. Tidak cukup dengan itu, seorang Exco memberitahu media bahawa Kerajaan Negeri akan membantu dia, yang bergelar ibu tunggal.

               Pulang dari Komtar, Nor tidak bertangguh lagi. Dia siap-siapkan segala dokumen yang diperlukan, untuk memohon pinjaman mikro kredit. Ditemani Pak Kadir  hari seterusnya terus Nor ke Kompleks PDC. Dalam khayalannya, kalau dapat pinjaman RM10,000 mikro kredit itu, beliau nak membeli mesin jahit automatik. Dari rumah, boleh lah menjana pendapatan sambil membesar anak perempuannya itu.

               Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Tidak semudah yang dikhayal oleh Nor. Melalui panggilan telefon, seorang pegawai memberitahu Nor tidak layak kerana tidak menjalankan urusniaga jahit-menjahit. “Nak beli susu anak pun tak ada duit, macam mana nak beli mesin jahit untuk mula perniagaan,” jerit Nor dalam hati. 

                Perit! Sistem sokongan untuk ibu tunggal semacam tidak menyokong cabaran sebenar hidup ibu tunggal. Dalam hati, Nor berkata lagi bahawa Gender Responsive Budgeting yang dilaksanakan oleh agensi negeri masih belum benar-benar manusiawi terhadap ibu tunggal malang sepertinya.

                Lalu, Nor mula mengambil upah sambilan bekerja di pusat urut tak berlesen, kerana tidak jauh dari rumahnya. Mengurut di sana, pelanggan wanita tidak ramai. Lelaki pula, kalau nak diurut, mesti sekurang-kurangnya mesti setuju terlebih dahulu untuk melancap atau oral seks ataupun sanggup diramas buah dada. 

                Natijahnya, pendapatan Nor sedikit, tidak seperti pekerja lain. Malah, Nor mulai rasa pendapatannya itu tidak cukup untuk membayar bil utiliti serta kelengkapan asas rumah. Mujurlah dia tidak perlu bayar lagi tunggakan rumah flat selepas kematian suami. Akhirnya, Nor termakan juga dengan nasihat Nordin, penjaga rumah urut tak berlesen itu. Dia melacur diri kerana tiada sistem sokongan untuk terus hidup bersama-sama anaknya yang masih kecil itu. 

               Khayalan Nor itu terputus, diasak nasihat keras Pak Kadir  “Ingat Allah ini Maha Adil sahaja? Sebenarnya Maha Zalim juga adalah sifat Allah juga.”

               “Nor tak percaya Allah Maha Zalim. Manusia memang ada yang zalim, contoh pihak yang tidak menyediakan elok sistem sokongan kepada ibu tunggal, akhirnya Nor jadi sebegini,” katanya sambil menghulur kopi bujang kepada jirannya itu.

               “Kalau selepas ini, Nor kena tangkap dengan Pegawai Pencegah Maksiat Majlis Agama, itu adalah salah satu contoh sifat Maha Zalim Tuhan kepada diri sendiri yang tak pernah insaf,” balas Pak Kadir sebelum angkat kaki.

               Zuhur itu, Nor jadi tak tenang. Segala kata nista yang dimuntahkan Pak Kadir meremuk perasaan ibu tunggal itu. Sambil mengusap kepala anak yang bersimpuh tidur di gigi tikar sembahyang, menggigil Nor sebak. 

               Dalam doa dan fikirannya masih percaya bahawa Tuhan yang Maha Adil tidak akan menghukum seorang ibu tunggal yang menjadi mangsa sistem pemerintahan yang tiada kemanusiaan. Tuhan yang Maha Adil akan menyokong hamba-Nya yang lemah untuk terus membesarkan anak, kerana sistem sokongan kerajaan tidak memberi peluang lebih mudah dan luas untuk Nor membeli mesin jahit automatik. 

                Dalam keadaan tubuh yang menggigil sebak dan sedih, namanya dipanggil. Mungkin Man  suami kepada Siti, Shaklee Indipendent Distributor mahu menghantar beberapa pil suplimen yang dipesan beberapa hari lepas. Bertekong Siti bergegas ke ruang tamu. “Masuk lah, Man!” pelawa Siti sambil membetulkan kusyen kerusi rotannya.

                “Buat susah-susah sahaja, Kak Nor. Man ingat singgah tak lama di sini,” kata Man sambil menyambut cawan air teh kosong. Sempat juga dia bertanya keadaan anak ibu tunggal itu. 

                 Nor yang sebak dengan kata nista Pak Kadir, sampai balam mata matanya jelas dipandang oleh Man. Walaupun cuba dia sembunyi, kulit muka yang cerah dan cantik itu menunjukkan perasaan sebenar ibu tunggal itu. 

                 Man cuba menyembunyikan apa yang dia pandang. Dia sangat hormat Kak Nor kerana Siti selalu mengingatkannya untuk menghormati wanita seadanya. “Siti kirim salam tadi. Mulanya memang Siti nak ikut ke sini kerana sudah lama tidak menjenguk Kak Nor. Tapi, dia tak berdaya selepas menerima rawatan sakit Cancer Hodgkin Lymphoma tahap 4 di Unit Rawatan Harian Hospital Pulau Pinang pagi tadi.”

                 Nor nampak selesa dengan celoteh Man. Sebak tadi akibat dikata nista dek Pak Kadir tadi bercampur perasaan kasihnya kepada Siti. “Tiap-tiap selepas solat, memang Kak Nor doa untuk Siti, Man.” terpacul cakap ibu tunggal itu. Dengan siap-siap diri lalu muncul di ruang tamu, Nor memberitahu Man yang hari ini dia memang tak bekerja. “Tak tahu lah Man, sejak semalam sakit-sakit badan, jadi sejak pagi tadi memang Kak Nor tak pergi kerja.” Katanya lagi, “dengan kata-kata nista Haji Kadir tadi, bertambah sakit hati Kak Nor ini, tapi Kak Nor tahu niatnya baik.”

                 “Haji itu masih mempertikai kerja-kerja Kak Nor?” Man melanjut pertanyaan, menunjuk perasaan belas dan bukan lah untuk menjaga tepi kain orang.

                  “Isu apa lagi kalau bukan kerja-kerja jahat Kak Nor ini,” balas Nor. Katanya lagi, “Haji Kadir ada cakap Tuhan ini bukan sahaja Maha Adil, malah Maha Zalim juga. Apa betul begitu yang Allah Maha Zalim.”

                 Balas Man, “kenapa Haji cakap Allah Maha Zalim?”

                 Begini. Nor menjelaskan satu persatu cakap-cakap Pak Kadir. “Katanya, kalau selepas ini Nor ditangkap oleh Pegawai Cegah Maksiat Majlis Agama, itu lambang Maha Zalim Allah membalas perbuatan keji Nor kerja jual maruah diri.”

                 “Seingat Man, Allah dalam Al-Quran tidak pernah mengaku dirinya Maha Zalim. Yang ada kajian Allah pada manusia yang zalim. (Boleh rujuk Al-Quran dalam ayat 2:223; 5:45; 6: 135; 11:116; 29:49).”

                 “Itu lah, Kak Nor pun ada pertikai juga. Kalau Kerajaan yang mengamalkan kronisme, ekonomi neoliberal seperti yang Man pernah sebut sebelum ini buat zalim ke atas ibu tunggal dengan tidak menyediakan sistem sokongan berwajib, si zalim itu adalah manusia. Ini, Allah Maha Zalim?”

                 Jelas Man, Allah S.W.T. adalah zat yang maha wujud tapi tidak terjangkau dek fikiran kita. “Mungkin sebab ada Raja terdahulu yang zalim dan Raja yang adil, maka diwujudkan konsep ketuhanan seperti Maha Adil dan Maha Zalim ini.”

                 “Maksudnya...”

                “Maksudnya konsep Maha Adil dan Maha Zalim yang dinisbahkan kepada Tuhan itu supaya manusia boleh menerima seadanya sistem monarki, termasuk sifat adil dan zalim pada seseorang Raja,” jelas Man lagi.

                 “Padan lah Kak Nor semacam tak boleh menerima Maha Zalim itu adalah sifat ketuhanan juga, sebab Kak Nor memang benci sifat zalim yang ada pada manusia tidak kiralah ia adalah pihak Kerajaan ataupun Raja sendiri,” tegas Nor. 

                 “Ini dialektik materialisme, benda metafizik seperti Tuhan pun digambarkan Maha Zalim untuk mengolah persetujuan kaum tertindas supaya menerima pemimpin negara walaupun zalim,” balas Man sebelum minta undur diri.

                Sempena Aidilfitri, sebalang kuih “kapit coklat” dibungkus Nor kepada Man, buat Siti dan Solehah.”

END 


___________
R&R Juru, 22 Jun 2018, 11.49 malam


No comments:

Post a Comment