21 June 2018

0% GST, mungkin inflasi merosot tapi kenapa kos sara hidup rakyat kekal tinggi?



Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Mei 2018 meningkat 1.8% berbanding Mei 2017, lapor Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).



Sumber: DOSM, 20 Jun 2018.

Selagi di bawah 2%, kenaikkan inflasi boleh dikatakan rendah sebenarnya.

Sebabnya, inflasi IHP pada angka 1.8% adalah masih rendah berbanding dua tahun lepas (2016: 2.1%, 2015:2.1%), baca sumber Bank Negara Malaysia (BNM).

Habis, kalau dah inflasi di Malaysia sekarang masih rendah, kenapa kos sara hidup rakyat masih tinggi?

Kalau inflasi rendah, kos sara hidup takyat pun patut rendah.

Anggapan sebegini adalah tak tepat, kerana konsep inflasi sebenarnya sangat banyak perbezaan dengan konsep kos sara hidup rakyat.

Inflasi itu apa? 

Inflasi, maksudnya harga barangan dan caj perkhidmatan secara naik secara mendadak dan berterusan.

Seperti gambar info grafik di atas, IHP pelbagai barangan & perkhidmatan pada bulan Mei 2018 adalah 0.4%, sama seperti bulan sebelumnya (April 2018) iaitu 0.4%.

Maksudnya, inflasi IHP adalah sama.

Pasca pelaksanaan 0% GST mulai 1 Jun 2018 ini, inflasi IHP bagi bulan Jun logiknya akan merosot berbanding 0.4% bagi bulan Mei 2018.

Kerana, harga Colgate sekarang RM10, berbanding dulu RM10.60 kerana kenaan 6% GST. 

Pun begitu, kenapa GST 0%, mungkin inflasi menurun, tapi kos sara hidup rakyat masih pada tahap sama iaitu tinggi hatta mungkin kian meningkat? 

IHP

Apabila disebut “Inflasi IHP”, IHP itu sendiri apa sebenarnya? Bagaimana IHP dibina dan apa tujuannya? 

Secara umum, inflasi dibentuk berdasarkan perubahan pada harga bakul IHP.

Harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk membina IHP ialah harga purata yang dikumpulkan daripada peniaga-peniaga runcit (retail outlet) di seluruh negara.

Maka, IHP mencerminkan kenaikan purata dalam harga, dengan andaian bahawa wujudnya keseragaman dalam corak perbelanjaan seluruh isi rumah; dan pada masa yang sama mengandaikan kualiti dan kuantiti barangan dan perkhidmatan dalam bakul penggunaan adalah tidak berubah.

Kalau IHP ini pun adalah andaian, takkan lah inflasi itu sendiri adalah ‘realiti sebenar’?

Harga Colgate di 7Eleven RM12, di Tesco Seberang Jaya RM13 dan di Kedai Serbanika atas puncak Bukit Bendera RM14. Lumrah, anggaran berdasarkan purata memang bukan realiti pun.

Memandangkan IHP itu sendiri adalah mencerminkan harga purata dalam ekonomi, maka IHP memberi ukuran yang baik bagi perubahan dalam paras harga keseluruhan barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.

Padan lah DOSM ataupun BNM sendiri menggunakan IHP ini sebagai petunjuk yang bersesuaian dan berguna dalam pelaksanaan dasar makroekonomi seperti dasar monetari, yang tujuannya adalah untuk mempengaruhi ekonomi yang lebih luas.

Kos Sara Hidup


Ini sangkaan jahat saya sahaja, iaitu Ahli-ahli Politik Malaysia seringkali menggambarkan inflasi meningkat sebagai gambaran ekonomi negara teruk.


Apabila inflasi meningkat, dakyah ahli-ahli politik Malaysia lagi, kos sara hidup pun kian meningkat hatta membebankan rakyat terbanyak. 


Mungkin mereka mahu memperlihatkan diri kepada penyokong bahawa mereka juga adalah sebijak ekonomis di DOSM dan BNM. 


Rakyat terus dihasut dengan pelbagai dakyah ini, sehinggalah kita sendiri beranggapan seolah-olah inflasi dan kos sara hidup ini adalah konsep yang sama. 


Sebenarnya inflasi dan kos sara hidup rakyat adalah berbeza.


Kalau kadar inflasi diukur berdasarkan perubahan dalam IHP.


Kos Sara Hidup pula merujuk pada jumlah perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan yang ditanggung oleh isi rumah, termasuk obligasi kewangan untuk mengekalkan taraf hidup pada tahap tertentu.


Perbelanjaan atau kos sara hidup ini ditentukan oleh corak perbelanjaan isi rumah dan harga yang dihadapi oleh isi rumah. 

Corak perbelanjaan berbeza merentas isi rumah kerana corak perbelanjaan dipengaruhi terutamanya oleh pendapatan isi rumah, demografi, struktur keluarga dan kawasan kediaman.

Perubahan harga yang dihadapi oleh isi rumah pula berbeza terutamanya mengikut faktor geografi.

Disebabkan IHP tidak mengambil kira kepelbagaian (heterogeneity) dalam corak perbelanjaan isi rumah dan variasi dalam perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dihadapi oleh isi rumah, kadar inflasi dianggap sebagai anggaran bagi kadar kenaikan kos sara hidup. 

Selagi perbezaan dalam corak perbelanjaan dan perubahan harga tidak ketara, IHP merupakan pengukur yang munasabah bagi kos sara hidup. 

Dalam keadaan apabila perbezaan corak perbelanjaan dan perubahan harga adalah besar, kadar inflasi mungkin merupakan anggaran yang lemah bagi kadar kenaikan kos sara hidup. 

Dalam hal ini, IHP boleh terkurang anggaran atau terlebih anggaran kos sara hidup untuk sesetengah segmen isi rumah.

Memandangkan wujudnya kepelbagaian dalam corak perbelanjaan dan perbezaan yang ketara dalam harga barangan dan perkhidmatan, analisis yang lebih bermakna bagi kos sara hidup memerlukan penilaian terhadap perubahan corak perbelanjaan dan kos merentas pelbagai kategori isi rumah dan lokasi geografi. 

Dimensi paling lazim adalah untuk menilai perubahan kos sara hidup dari semasa ke semasa, merentas kumpulan pendapatan yang berbeza dan merentas negeri atau wilayah dalam sesebuah negara.

Kalau nampak berbezaan konsep antara inflasi & kos sara hidup itu, kita akan nampak temberang ahli-ahli politik negara yang acah-acah bijak. 

Saranan Saya...

Mari saya bawa senario. Andaikan Zainulfaqar Yaacob adalah salah seorang daripada 5,000 operator dalam projek MRT III. 

Maka, pentadbiran Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan semula pelaksanaan MRT III itu supaya rakyat biasa seperti Zainulfaqar Yaacob boleh ada pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sebulan. 

Di pinggir bandar raya Kuala Lumpur, Sungai Buloh umpamanya, Dr Mahathir laksana Program Perumahan Mampu Sewa Selesa (PPMSS) , supaya orang seperti Zainulfaqar boleh sewa unit kediaman RM300 sebulan.

Kalau Zainulfaqar sewa beli kediaman serupa daripada pemaju swasta pada kadar sewa beli RM1,000 sebulan, ertinya 33% kuasa membeli Zainulfaqar akan hilang, walaupun harga Colgate RM10 di kedia runcit.

Dengan menyewa PPMSS, kuasa membeli Zainulfaqar dengan sendirinya serendah meningkat 90% kerana sewa bulanan unit kediaman RM300 sahaja.

Sekaligus, kos sara hidup rakyat seperti Zainulfaqar umpamanya akan turun, kerana kuasa membeli mereka sekeluarga akan meningkat walaupun pendapatan isi rumah masih pada kadaran sama iaitu RM3,000 sebulan.

Tidak cukup dengan itu, pentadbrian Dr Mahathir laksanakan semula sistem cukai yang progresif untuk merapatkan jurang sosial antara 1% orang kaya dan 99% rakyat kebanyakkan termasuk mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 seperti Zainulfaqar. 

Pentadbrian Dr Mahathir akan melaksanakan Land Value Taxes, regulasi semua Property Taxes, Cukai Warisan Harta, Cukai Transkasi Saham, Cukai Keuntungan Modal dll.

Pentadbiran Dr Mahathir juga boleh mengembalikan semula Akta Kawalan Sewa, supaya harga makanan dekat restoran di sekitar kawasan kediaman Zainulfaqar boleh lebih berpatutan dan murah, kerana lot komersial tidak lagi disewa secara spekulatif dan terlalu tinggi.

Sebelum ini telah ditulis Apa yang tak disebut mengenai inflasi?

Memang ekonomis Keynisian lazimnya akan mencadangkan meningkatkan perbekalan apabila ekonomi merosot.

Demi merosotkan inflasi, lazimnya mereka akan mencadangkan peningkatan kadar cukai-cukai progresif (seperti contoh di atas), demi mengurangkan lambakan tunai dalam ekonomi negara secara spekulatif.

Kalau kita sebagai pembayar cukai faham peri penting segala sistem sokongan (support system) di atas ini dalam menangani kos sara hidup rakyat terbanyak yang kian meningkat, agak-agak kita lah apa akan kita buat dengan ahli-ahli politik negara yang temberang rakyat mengenai hal inflasi negara ini? 

Inflasi ini bukan real isu ekonomi rakyat. Kos sara hidup rakyat yang kian tinggi patut diberi keutamaan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan. Setuju?

Hayati lah “In the Kingdom of the Blind, the Man with One Eye Is King.”, buka mata luas-luas untuk kritik artikel ini, tapi jangan lah terlalu sentimen kepartian secara melampau sangat.

Bayangkan!

No comments:

Post a Comment