SUASANA majlis keraian dan jamuan tengah hari bersama-sama warga terpilih di House of Hope di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
KEBUN BUNGA -
Badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan rumah perlindungan
kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan serta warga
emas yang kurang bernasib baik di negara ini sewajarnya mendapat dana
sokongan yang lebih secara langsung daripada Putrajaya, sebagaimana
di negara-negara maju.
Demikian kata Timbalan
Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon semasa menyampaikan
sumbangan kepada golongan terpilih di rumah pelindungan House of Hope
dekat Jalan Masjid Negeri di sini, anjuran bersama Persatuan Pemaju
Perumahan dan Hartanah (REHDA) Pulau Pinang.
“Semua kita mengetahui
kira-kira 81 permohonan DLAP (Lesen Pemajuan & Permit Iklan)
projek pemajuan ke negeri ini masih dilengah-lengahkan oleh
Kementerian (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan) hingga menyusahkan para pemaju di Pulau Pinang.
“Tetapi,
saya memuji insiatif pemaju-pemaju yang diketuai oleh Datuk Jerry
Chan sebagai Pengerusi REHDA Pulau Pinang kerana boleh menganjurkan
program CSR (tanggungjawab sosial korporat) bersama-sama pertubuhan
House of Hope, walaupun dihambat pelbagai cabaran-cabaran ini.
“Saya
harap Putrajaya sendiri boleh mengambil sikap terbuka dengan komitmen
REHDA dan pemaju ke negeri ini, serta pertimbang cadangan menyalurkan
dana sokongan kepada pertubuhan kebajikan seumpama House of Hope,
seperti di negara-negara maju,” jelas Mohd. Rashid yang juga Exco
Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan,
Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.
Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak turut menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan berupa barang makanan asasi kepada golongan terpilih berkenaan.
Sebelum
itu, Jerry dalam ucapannya memberitahu REHDA senantiasa komited dalam
pembangunan masyarakat khususnya golongan terpilih, sungguhpun urusan
utama mereka dalam urusan pemajuan perumahan dan hartanah.
“Kita
(REHDA) ke sini (House of Hope) kerana kita adalah bersaudara.
“Ini
sebahagian komitmen yang tidak pernah dilupakan oleh kami (REHDA),
iaitu menyalurkan sumbangan kepada golongan terpilih seperti ini,”
kata beliau sambil merakamkan penghargaan kepada wakil House of Hope.
Difahamkan,
selain menyediakan jamuan untuk semua golongan terpilih terbabit,
REHDA turut membawa kira-kira 40 kanak-kanak dari House of Hope
keluar berjalan-jalan ke Bukit Bendera.
Pengarah
House of Hope, Khoo Cheng See dan David Fong (pengurus penganjur)
turut menyertai majlis amal bertemakan “Joy in Caring with Love”
itu.
No comments:
Post a Comment