“Masuk hari ke-13 berpuasa, dah berapa banyak infak Ramadan hang dapat?”
”Sekotak buah kurma, Ketua Bahagian bagi.”
”Kalau Sapura boleh dapat RM1.1 bilion, takkan lah orang kuat Ketua Bahagian macam hang dapat sekotak kurma sahaja?”
”Kak Safura? Ketua Wanita Umno Bahagian (Batu Kawan)?”
”Sapura Energy Berhad lah…”
Berdekah-dekah aku ketawa di pejabat, semasa bercakap telefon dengan seorang AJK Pemuda Umno Tanjong.
Bersembang dengan orang politik, kalau pembaris sangat macam aku, begini lah jadinya.
Semalam, Malaysiakini antara lain melaporkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim kini bail out (menyelamat) Sapura Energy Berhad, walhal semasa menjadi Ketua Pembangkang dulu pernah mengkritik pentadbiran Najib Tun Razak menyelamat syarikat minyak dan gas tersebut.
Pelaburan RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Berhad bukan bail-out, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil kepada Berita Harian kurang 22 jam lepas.
Apabila kian dipersoal, Anwar hari ini memberi penjelasan susulan konon-konon Kerajaan Malaysia membuat audit forensik, dana RM1.1 bilion adalah pinjaman.
CONTOH BAIL OUT?
Dalam konteks Kerajaan Persekutuan, bail-out adalah merujuk pada langkah kerajaan sendiri secara semberono untuk menyelamat satu-satu syarikat atau institusi yang menghadapi masalah kekangan kewangan dengan cara memberi suntikan modal atau pinjaman.
Contoh, Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad (semasa menjadi Perdana Menteri Ke-4) pernah bail-out MAS yang kini dikenali sebagai MAB.
Pengoperasi penerbangan negara pada waktu itu turut menerima tempias daripada Krisis Kewangan Asia, 1998.
Kerajaan Malaysia membeli balik saham daripada Tajudin Ramli dengan harga RM8 seunit atau RM1.79 bilion bayaran keseluruhannya.
Kali kedua pentadbiran Mahathir melaksanakan langkah bail-outi MAS pada tahun 2001 hingga 2002, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan kepada Pak Lah atau Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Ke-5 Malaysia merangkap Presiden Umno waktu itu).
MAS rugi kira-kira RM8 bilion sejak tahun 1998, hatta hampir muflis pada tahun 2001.
Kerajaan Persekutuan melalui agensinya Khazanah Nasional Berhad diarahkan membuat suntikan dana bagi menjayakan pelan pemulihan korporat MAS.
Bail-out kali ketiga MAS pada tahun 2014 iaitu semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Keenam Malaysia.
MAS menghadapi kekangan kewangan yang terus ekoran tragedi kehilangan pesawat MH370 (pada Mac 2014) dan MH17 (Julai 2014).
RM1.17 bilion kerugian MAS pada 2013, yang membawa kedudukan kewangan syarikat itu bertambah buruh pada tahun berikutnya.
Pada bulan Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad diarahkan untuk mengambil alih MAS sepenuhnya, dengan melibatkan Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion.
MAS dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia, dan menjalani proses penstrukturan semula.
Pada 1 September 2015, syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi menggantikan Malaysia Airlines System (MAS).
Patutnya, Kerajaan Persekutuan dilihat mengambil alih dan menghidupkan semula syarikat penerbangan tersebut, bukan bail-out sebagaimana digeneralisasikan oleh Anwar dan penyokongnya semasa berada dalam blok pembangkang dulu.
MAB kini boleh dianggap milik penuh Kerajaan Persekutuan kerana Khazanah Nasional Berhad telah mengambil alih sepenuhnya kepentingan syarikat penerbangan tersebut.
MAB atau dulunya dikenali sebagai MAS bukan lagi milik Tajudin Ramli atau mana-mana individu lain.
Kerajaan Persekutuan bail-out atau ambil alih terus lalu menghidupkan semula syarikat penerbangan itu?
KES SAPURA ENERGY?
Berita Harian Singapura antara lain melaporkan;
Apabila dilaporkan pelaburan RM1.1 bilion itu menerusi RCLS, maka ia bersifat boleh ditebus balik (redeemable).
Sapura Energy Berhad selaku peminjam atau penghutang boleh menebus balik saham berwajib daripada pemilik iaitu Malaysia Development Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat tujuan khas Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Kedua, RCLS boleh bertukar (conventable). MDH selalu pemegang RCLS boleh tukar syer yang dipegangnya daripada saham biasa syarikat pada kadar tukaran tertentu. Maksudnya, MDH boleh menjadi pemegang saham jika ia mahu menukar pinjamannya kepada Sapura Energy Berhad yang berjumlah RM1.1 bilion tersebut.
Ketiga, RCLS boleh juga menjadi saham pinjaman (loan stock) atau satu bentuk instrumen kewangan. Selaku penerbit RCLS, Sapura Energy Berhad perlu membayar sejumlah faedah atas pinjaman kepada MDH, sehingga lah RCLS itu ditebus balik atau ditukar menjadi saham biasa syarikat.
Gambarannya di sini, tindak-tanduk pentadbiran Anwar itu lebih cenderung pada maksud bail-out Sapura Energy Berhad, bukan macam langkah Kerajaan Persekutuan sebelum PRU14 (2018) yang mengambil alih terus lalu menghidupkan semula MAB.
Sehingga kini, MAB (dulu dikenali sebagai MAS) adalah milik Kerajaan Persekutuan san rakyat, kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Khazanah Nasional Berhad telahpun mengambil alih sepenuhnya kepentingan syarikat penerbangan tersebut.
ISU BERKAITAN
Berita Harian Singapura turut melaporkan;
Umum mengetahui Petroleum Nasional Berhad (Petronas) juga merupakan syarikat minyak dan gas yang melaksanakan kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran; penapisan dan pemprosesan minyak mentah; penghasilan produk petrokimia; serta perdagangan dan pemasaran minyak dan gas pada peringkat global.
Cuma yang berbeza, Petronas adalah syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan Malaysia, sementara Sapura Energy Berhad adalah syarikat swasta (walaupun Pemodalan Nasional Berhad, PNB memegang syer terbesar iaitu 44.13% selepas melabur RM2.68 bilion dalam syarikat tersebut).
Baik Petronas mahupun Sapura Energy Berhad mesti ada vendor masing-masing yang pelbagai.
Kalau iya pun Sapura Energy Berhad di kekangan kewangan teruk sampai dijangka menjejaskan proses pembayaran lebih 2,000 vendor, takkan lah pentadbiran Anwar Ibrahim tidak boleh melakukan pelan pemulihan yang lebih memihak kepada Petronas (yang ada pengalaman dengan vendor) berbanding syarikat swasta Sapura Energy Berhad?
Atas semangat federalisme, pinjamkan lebih RM1.1 bilion memang Kerajaan Persekutuan (melalui MDH umpamanya) boleh suntik kepada Petronas, kalau iya lebih nak menjaga kepentingan ribuan vendor berbanding segelintir individu yang memiliki Sapura Energy.
Kesimpulannya, tidak kiralah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy ini sama ada belanja hangus mahupun pinjaman, akhirnya rakyat Malaysia nak lihat syarikat itu - selepas pelan pemulihan kewangan - masih kekal dimiliki oleh eletis pemodal yang sama atau dikuasai GLC/Kerajaan Persekutuan?
PNB telah memegang syer terbesar iaitu 44.13% kot, selepas melabur RM2.68 bilion dalam Sapura Energy Berhad sebelum ini.
Selamat berpuasa.
Berpuasa, ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta hmmmmm.
Sekian.
Comments
Post a Comment