05 September 2019

Ekonomi Digital, jom tengok data pertumbuhan GDP Jepun 1960-an, sekarang!


PENULiS bersama-sama wartawan TheStar, Sdr. Imran Hilmy Tawfik Hilmy (kiri), melepak sambil ‘ketuk berita’ di Food Bazaar, Design Village dekat Batu Kawan, seusai membuat liputan media acara perasmian pembukaan fasa 2 kilang VAT Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. di sini pada tengah hari 5 September 2019.

BELAKANGAN ini, macam-macam telahan natizen kita terbaca berhubung #BMBF atau kempen ‘Beli Barang Muslim, Bumiputera Dulu’.

Hatta, sebelum acara perasmian pembukaan kilang baharu VAT dari Switzerland  di Taman Perindustrian Batu Kawan pada pagi tadi pun, terdengar telahan seorang penggerak industri. 

Tak tahu lah, dia, sama ada pegawai agensi persekutuan ataupun tetamu kenamaan paling utama (VVIP) dalam majlis tersebut. Faqar memang tak tau.

Dia, antara lain kata, “punca ekonomi Melayu ‘tertinggal bas’ adalah atas sebab tak menguasai digital ekonomi...sekarang era IR4.0 (Revolusi Perindustrian 4.0) tapi kempen boikot #BMBF ini masih ada Melayu yang ikut.”

Bab kempen Utamakan Produk Muslim & Bumiputera ini, Faqar tak mau ulas di sini.


Jom kita bincang bab Ekonomi Digital sahaja.

Betulkah ekonomi Melayu mundur sebab tak kuasai ekonomi digital?


PERTUMBUHAN GDP DUNIA DULU, SEKARANG 

Kalau nak bahas mengenai sejauhmana Melayu mundur atas sebab tak kuasai ekonomi digital termasuk e-dagang, mungkin akan ada pihak berdalih di Malaysia belum betul-betul full digitalized economy lagi. 

Namun, secara umum, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara-negara ekonomi utama dunia pada 1960-an kira-kira 10%, 5% (1970-an) dan 4% (1980-an).

Kalau nak tengok lagi terperinci, mungkin kita boleh lihat kadar pertumbuhan GDP bagi Amerika Syarikat dan Jepun umpamanya, sebab kedua-dua negara maju berkenaan boleh dikatakan full digitalized economy.

Boleh semak daripada pengkalan Data World Bank, seperti gambar di bawah.



Berdasaskan rajah di atas, purata kadar pertumbuhan GDP bagi kedua-dua negara dalam dekad 1960-an kira-kira 10% (seperti Faqar sebelum sebelum ini).

Namun, bagi dekad ini (2011 hingga 2019), purata pertumbuhan GDP bagi kedua-dua negara sekitar 2% sahaja. 

Semacam tak bertumbuh kalau kadar pertumbuhan GDP pada garis lantai 2% tersebut sebab angka itu seakan mencerminkan faktor pembiayaan kerajaan sahaja, bukan pertumbuhankeseluruhan semua subsektor ekonomi dalam negara.

Berdasarkan sumber Data World Bank, kadar pertumbuhan GDP Amerika Syarikat pada tahun 1961 umpamanya sebanyak 2.3% dan sekarang 2.857% (2018). 

Kalau tengok kadar pertumbuhan GDP Jepun, lebih mengejutkan, pada tahun 1961 setinggi 12.04%. Tapi, tahun 2018 serendah 0.788% - sekaligus mencerminkan masalah Liquidity Trap yang sedang didepani oleh negara itu sejak awal 1990-an dulu lagi. 


KITA BOLEH SKEPTIK BEGINI...

Selepas Wondow 95 meluas digunakan, mungkin boleh jadi mercu tanda permulaan era ekonomi digital dunia, termasuk Jepun.

Namun, kadar pertumbuhan GDP Jepun terburuk antaranya pada tahun 2009 (-5.416%). Tahun sama kemelesetan ekonomi dunia turut menunjukkan kadar pertumbuhan GDP Amerika Syarakat serendah -2.537%.

Apa yang Faqar nak sebut di sini, “digital ekonomi ini hanya mekanisme atas alat untuk menggerakkan ekonomi, macam dahulu kita pakai motosikal pergi beli burger McDonald, sekarang boleh pesan atas talian sebab ada e-dagang dan digital ekonomi. Tidak lebih dari itu.”

Walaupun e-dagang dan ekonomi digital ini memang berperanan memperluas pasaran (widening the market), tapi kalau tiada pelan langsung daripada Kerajaan untuk memperkukuh pasaran (deepening the market), payah!

Bab widening dan deepening pasaran ini, akan Faqar cerita dalam entri lain, kelak. InsyaAllah. 

Semacam usahawan desa - dalam konteks keseluruhan ekonomi negara, bukan orang perseorangan - berasa payah nak jual produk mereka secara offline atas sebab lemahnya kuasa membeli rakyat.

Kalau membeli rakyat kekal lemah - dalam konteks keseluruhan ekonomi negara, bukan orang perseorangan - memang payah jua untuk dijual melalui sektor e-dagang dan ekonomi.

Sekadar perkongsian.

1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus