31 August 2019

Lantik Menteri adalah kuasa mutlak PM, Isham Jalil ulas sikap Dr Mahathir terhadap Anwar



Dr Mahathir Mohamad kata tiada jawatan kosong untuk Anwar Ibrahim dalam Kabinet.

Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan pula dalam reaksi spontan berkata, saya tidak pernah usul cadangan sertai Kabinet Perdana Menteri Ke-7 itu!

Kak Wan atau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, kekosongan jawatan Kabinet mungkin selepas PM letak jawatan.

Saya tengok ramai natizen memuji sindirian Kak Wan terhadap Dr Mahathir. 
Tapi, tak ramai memberi ulasan seperti Isham Jalil di Facebook.

Ahli politik muda itu kata, kuasa melantik Menteri ini adalah kuasa mutlak seorang Perdana Menteri. 

Maka, dalih Dr Mahathir konon-konon tiada sesiapa pun nak lepas jawatan Menteri untuk memberi laluan kepada Anwar menyertai Kabinet, tidak boleh dipakai sama sekali.

Lagipun, sekarang ini, ada ramai sahaja Menteri ‘tak perform’, antaranya Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin yang terang-terang gagal menangani kes pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor Bharu. 

Kalau Dr Mahathir nak kosongkan jawatan Menteri Alam Sekitar pun, memamg wajar, tapi tidak dibuat oleh Perdana Menteri Ke-7 berkenaan.

Kesimpulannya, Kak Wan dan Anwar seakan sangat tahu sikap Dr Mahathir terhadap mereka berdua.

Dengan reaksi Dr Mahathir, andai telah ada natizen menelah Anwar telah kena ‘game’, saya hmmmmm aje!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus