16 September 2018

Demokrasi Indonesia lebih subur, tapi public transport seperti MRT Malaysia lebih canggih. Kenapa?


FORUM Mahasiswa Bersama-sama Chow Kon Yeow Mengenai Pelan Induk Pengangkutan (TMP) di George Town pada 15 September 2018.


ADA beberapa pertikaian hadirin terhadap hasrat Kerajan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dalam melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) bernilai kira-kira RM47 bilion.

Pertikaian mereka disampaikan terus kepada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dalam Forum TMP Bersama-Sama Mahasiswa di Advance Tertiary College (TAC) dekat George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, 15 September 2018.

Salah satu pertikaian mereka adalah pemajuan pintasan lebuh raya Penang Island Link 1 (PIL1) akan menggalakkan lagi lambakan kenderaan peribadi ke Pulau. 

Selain itu, lambakan kenderaan itu akhirnya akan menambahkan lagi keadaan trafik sesak yang telah sedia teruk, dan sepatutnya Kerajaan Negeri fokus pada mewujudkan sistem pengangkutan awam sahaja, seperti transit aliran ringan (LRT) dan Bus Rapit Transit (BRT).

Menurut mereka lagi, sepatutnya Kerajaan Negeri membatalkan PIL1 yang jelas akan kerosakan tahap kehijauan kawasan jajaran seperti Bukit Bendera dan Taman Botani Negeri sendiri.

Seperkara lagi, Kerajaan Negeri sepatutnya membatalkan hasrat untuk melaksanakan kerja-kerja penambakan laut di Selatan Pulau, yang ternyata akan merosakkan ekosistem di negeri ini. 

Tegas mereka, dalam keadaan Kerajaan Pusat dikekang dengan hutang sebenar yang tinggi - mencecah lebih RM1 trilion; berbaloikah Kerajaan Negeri sendiri melaksanakan projek tebus guna laut atas dalih untuk membiayai kos pembinaan (CapEx) serta kos operasi (OpEX) TMP terutama PIL1 serta LRT George Town ke Bayan Lepas?

Seusia forum tertutup itu, ada juga saya berkongsi pendapat peribadi saya terhadap pertikaian-pertikaian oleh dua sahabat baik saya berkenaan.


LEBIH CANGGIH LEBUH RAYA AKAN MENGGALAKAN LAGI LAMBAKAN KENDERAAN PERIBADI KE BAHAGIAN PULAU?

Berbanding Malaysia, demokrasi dan kebebasan bersuara lebih subur di Indonesia.

Namun, di ibu negara Indonesia sendiri iaitu Jakarta langsung tidak ada MRT seperti di Kuala Lumpur, Malaysia.

Mengapa? Tentulah disebabkan Kerajaan Malaysia terutama ketika era Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu mempunyai dasar sistem pengangkutan awak moden yang terancang, berbanding Indonesia di bawah pemerintahan Presiden, Bapak Jokowi.

Pengalaman menginap di Kuningan City di tengah-tengah kota raya Jakarta, memang tidak ada LRT ataupun MRT ataupun ETS. 

Laluan tiga lorong, diasak menjadi hampir lima lorong. Kalau saya menggunakan Grab Bike pun, tetap mecet (trafik sesak teruk.

Selain trafik sesak, penjajaran jalan sedia ada tidak dimajukan, berlubang dan sangat bahaya. (Sebenarnya jalan persekutuan di Pulau Pinang terutama di Sebernang Perai Selatan ke Perak pun banyak berlubang dan berbahaya)

Hatta dengan kenalan-kenalan wanita saya di Jakarta, seringkali kami saling berjenaka seksis, “di Malaysia jalannya juga berlubang-lubang, tapi di sini (Jakarta) ‘lubangnya’ selalu berjalan-jalan....

Ha Ha Ha kembali ke tajuk asal. “Jangan hilang fokus, Faqar!






Yang jelasnya di Jakarta, terutama ke Rantau Abang, jalan teruk, berlubang, macet dan berbahaya kerana pemerintah sendiri seakan hampir tiada pelan sistem pengangkutan awam moden seperti MRT, LRT dan sebagainya.

Kalau ada usaha Bapak Jokowi untuk mewujudkan sistem jajaran lebuh raya serta modern public transport membabitkan kerjasama bilateral dengan China sebelum ini, seakan dibangkang sendiri oleh beberapa pemimpin neoliberal seperti Menteri Keuangan Sri Mulyani.


NAJIB RAZAK (kiri) dan Bapak Jokowi melihat China sebagai rakan pelaburan strategik demi meningkatkan mutu taraf sistem Pemgangkutan awam rakyat, selain meningkatkan saiz ekonomi negara. Selanjutnya, baca Faedah Malaysia, Indonesia saling berkawan dengan China...


Golongan yang mempertikai PIL1 berdakyah, “lebih canggih sistem lebuh raya yang dimajukan oleh Kerajaan Negeri banyak akan menggalakkan lambakan kenderaan peribadi ke bahagian Pulau? 

Tengok contoh real material di Indonesia, adalah benar dakyah ini? 

Respons saya begini. Sistem jalan lebuh raya di Jakarta teruk tanpa peojek pemajuan baru pun, semacam tidak mengurangkan jumlah kenderaan peribadi atas jalan di tengah-tengah kota raya itu?


BINA LRT SAHAJA, BATAL PENANG ISLAND LINK 1?

“Sistem lebuh raya yang lebih bagus seperti PIL1 akan menggalakkan lebih banyak kenderaan ke Pulau? 

“Tengok Indonesia. Kenapa sistem jalan tak diperbaharui tapi terus digunakan oleh rakyat sampai trafik sesak begitu teruk?

“Jawapannya lain tak bukan, sistem jalan raya sedia ada tidak dimajukan untuk menyurai lambakan trafik sesak. 

“Satu lagi faktor yang lebih penting adalah pemerintah Indonesia seakan tiada rancangan sistem pengangkutan awam moden secara real material, seperti MRT yang dimajukan oleh pentadbrian Najib dulu.

“Rakyat masuk ke bahagian Pulau (Pinang) sebenarnya bukan sebab nak tengok keadaan PIL1, tapi ada 1000 satu sebab tersendiri, seperti dating, pergi kerja di Komtar dll. 

“Mereka guna kereta peribadi kerana Pulau Pinang masih tidak ada LRT buat masa ini, dan mereka akan pilih naik MRT seperti warga Kuala Lumpur hari ini walaupun sistem lebuh raya di Kuala Lumpur ‘bagus’ atas pelbagai faktor lain seperti jimat, selamat, mudah capai, tepati masa dll.

“Justeru, Kerajaan Negeri wajib menyelesaikan isu trafik sesak secara bersepadu - iaitu terus memperbaiki sistem penyuraian trafik jalan raya, dan serentak pada masa yang sama bina LRT,” jelas saya kepada kedua-dua sahabat baik saya itu. 




BOLEHLAH PEMBANGUNAN FIZIKAL MENGEKALKAN TAHAP KEHIJAUAN ALAM?

Ini, satu lagi soalan yang saya tanya kepada kedua-dua sahabat baik saya yang mempertikai hasrat pentadbrian Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang mahu melaksanakan Penang Island Link 1, penambakan laut dll. 

Dalam satu-satu projek pemajuan, bagi saya, teknologi bukan sahaja boleh mengurangkan tahap kerosakan alam semula jadi.

Bahkan, teknologi juga boleh mengubah keadaan alam semula jadi sedia ada agar lebih hijau dan sebagainya.

Bolehkah perkembangan teknologi mengubah sunnah kejadian alam sedia ada? Bagaimana?

Seperti gambar tangkap layar ini, saya mencerita balik contoh mudah bagaimana perkembangan teknologi boleh mengubah tahap kehijauan alam semulajadi sedia ada agar bertambah baik.




Ini contoh di China, bagaimana teknologi kejenteraan, bio pertanian boleh mengubah padang pasir yang tandus menjadi ladang pertanian yang mampu mengeluarkan hasil secara real material.

Tengok, bagaimana telnologi perpaipan boleh menangani isu bekalan air ke kawasan padang pasir ditangani?

Tengok, bagaimana peladangan pela jana kuasa solar dimajukan, bukan sahaja untuk melancarkan proses perindustrian pertanian, bahkan menjana lebihan tenaga diperbarui (RE)?

Di bawah ini, satu lagi dokumentari bagaimana Pemerintah Republik Rakyat China membesarkan saiz ekonomi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji mampu hidup, dengan melaksanakan program real material seperti bersih laut, tanam banyak pokok teduh, pembenihan habitat laut dll.

Dalam satu ucapan, Presiden Republik Rakyat China, Ji Xinping menjelaskan, pemerintahannya bukan sahaja mahu mengubah kehidupan material rakyat sedia ada agar lebih baik, malah mahu alam semulajadi sedia ada bertambah hijau serta tak tercemar, kedua-duanya mesti direalisasikan melalui program khusus oleh pemerintah sendiri.




Di bawah ini, satu lagi contoh bagaimana Kerajaan sendiri berbelanja lebih dengan mewujudkan program pembangunan ekonomi secara real material hatta mengubah keadaan fizikal kampung lama menjadi sangat menarik, lebih hijau dan bersih.



Sebab itu lah, dalam konteks projek tebus guna laut di Selatan Pulau, sepatutnya diasuh Kerajaan untuk mewujudkan program mitigasi yang lebih real material. Contohnya:-

• Program Bersih Laut & pembenihan habitat laut & terumbu buatan dll. Berapa ratus ribu tan matrik anak ikan nak dilepaskan dalam laut? Terumbu buatan manusia? Berapa banyak buruh bersih laut akan diambil kerja oleh kerajaan sendiri?

• Program Penanaman Pokok Teduh. Di bawah pelan mitigasi TMP kelak, berapa puluh ribu anak pokok teduh akan ditanam di bahagian Pulau, terutama di Bukit Bendera dan Taman Botani Negeri?

Ini antara contoh real material program, yang sepatutnya dibangkit dalam pelaksanaan TMP. 

Kenapa? Kerana, perkembangan teknologi memang boleh mengubah keadaan pembangunan fizikal sedia ada menjadi bertambah hijau. Contohnya, China!


BERHUTANG RM47 BILION UNTUK TMP, BERBALOI?

Ini satu lagi soalan yang dibangkitkan oleh dua sahabat baik saya. 

Menurut salah seorang mereka, Kerajaan Persekutuan sendiri ketika ini sedang berusaha berjimat cermat, memandangkan hutang kerajaan + liabiliti luar jangka adalah melebihi RM1 trilion.

Kata mereka lagi, Kerajaan Persekutuan sendiri dalam #Bajet2019Pusat dijangka melaksanakan perbelanjaan yang menuntut rakyat ‘berkorban’. (Saya panggil belanjawan ini sebagai ‘Dasar Ekonomi Ikat Perut’ atau Austerity Policy).

Banyak kali saya sebut, tujuan serta impak berantai Kerajaan Persekutan berhutang (baca: defisit spending) adalah tidak sama dengan konteks kita orang berseorang berhutang. 

Selagi kita tidak berlajar untuk faham bab Sectoral Balances dalam macro accounting, kita akan diheret untuk percaya bahawa negara akan bankrap jika hutang (dalam didominasi RM) mencecah RM1 trilion seperti didakyah oleh ahli-ahli politik neoliberal tertentu di negara ini.

Sebenarnya, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan yang dalam RM itu sebenarnya adalah bersamaan nilai simpanan bersih (net savings) sektor bukan kerajaan dalam ekonomi negara ini.

Andai jumlah hutang kerajaan persekutuan + liabiliti luar jangka adalah mencecah sehingga RM5 trilion sekalipun, maka jumlah net savings dalam sektor bukan kerajaan juga adalah senilai RM5 trilion juga.

Nilai simpanan bersih dalam RM bagi sektor bukan kerajaan adalah total savings dalam RM bagi sektor ini, ditolak total liability dalam RM bagi sektor ini.

Sektor bukan Kerajaan Malaysia adalah terdiri oleh sektor isi rumah + syarikat-syarikat swasta dalam serta luar negeri + negara asing.

Fahamnya di sini, jika Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat untuk mengurangkan jumlah hutang negara dalam RM ini, impaknya adalah jumlah simpanan bersih (net savings) dalam nilai Ringgit di dalam ekonomi negara juga akan turut menguncup.


JUMLAH keseluruhan hutang kerajaan sebenarnya bersamaan net savings sektor bukan kerajaan dalam ekonomi negara. Macam bayang-bayang yang terpantul dari cermin tak? Bayangkan!


Jika difahamkan salah satu gambaran goverment oriented di atas, kita akan menyokong Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kerana RM47 bilion yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan mewujudkan lebih banyak tunai dalam ekonomi untuk dipegang oleh rakyat.

Goverment Oriented akan melaksanakan program seumpama bersih laut, tanpa melihat pada pulangan hasil untung dalam bentuk duit Ringgit (ROI), jika Kerajaan berbelanja lebih (deficit spending).

Kerana, berbelanja Kerajaan  untuk program bersih laut umpamanya, adalah contoh sangat progresif serta  membawa pelbagai faedah untuk rakyat terbanyak. Antaranya:-

• Menambah net savings dalam ekonomi negara;

• Membesarkan saiz ekonomi negara, sejajar dengan pertambahan populasi rakyat;

• Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran;

• Mewujudkan kesan pengganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan impak sosial. Contoh, hasil nelayan juga berlipat kali ganda ekoran Kerajaan Pusat di bawah program bersih laut melaksanakan pembenihan habitat, penanaman terumbu jadian dll; 

• Hasil Persekutuan dalam bentuk cukai langsung dan tidak langsung juga meningkat, kerana rakyat yang ‘berpendapatan mampu hidup’ berbelanja lebih;

• Kitaran ekonomi dalam negara berkembang sihat, kerana peningkatan kuasa membeli rakyat sejajar dengan kuasa produktiviti negara; dan banyak lagi. 

Mari kembali kita melihat pembangunan material + program menghijaukan lagi alam semulajadi sedia ada di China, kenapa boleh dilaksanakan?

Jawapannya, lain tak bukan kerana pentadbrian Ji Xinping sangat percaya bahawa kekangan sebenar pemerintah bukanlah angka hutang sebenar (abselute debt) dalam RM (kini 97.7% dalam RM, bukan mata wang asing.

Tapi, kekangan sebenar adalah jika tidak cukup material seperti tenaga buruh, pekerja mahir, batu-bata, simen, teknologi dan besi di dalam negara, bagi menyiapkan satu-satu projek pembangunan ataupun program menghijaukan lagi alam semulajadi sedia ada.



KESIMPULAN

Zaman Perdana Menteri Ke-3 dulu, Allahyarhamuhu Tun Abdul Razak Hussein dahulu adalah antara contoh terbaik, bagaimana Kerajaan Persekutuan sendiri memodalkan secara besar-besaran dan langsung, dengan campurtangan dalam kegiatan ekonomo negara. Ini, industrialization capitalsm.

Kalau Kerajaan tak berbelanja lebih atau berhutang dalam RM sendiri, program real material ekonomi seperti FELDA, dengan menukar bukit-bukau menjadi belantara tidak akan wujud dengan begitu berjaya seperti hari ini. 

Sebab itu lah, TMP terutama PIL1 & LRT George Town mesti dibina, dengan Kerajaan Persekutuan sendiri membiayai RM47 bilion anggaran projek-projek pembangunan bercampur itu. 

Ini kerana, selepas siap kelak, nilai bersih hartanah (net worth) serta jumlah aset kerajaan juga akan bertambah, bukan sahaja angka hutang negara meningkat.

Dalam belanjawan 2019 ini, Kerajaan Persekutuan DNA Kerajaan Negeri mesti didorong untuk berbelanja lebih (defisit spending), bukan sahaja melaksanakan TMP, tapi serentak dengan program-program jagaan serta kehijauan alam sekitar.

Ini lah, antara yang saya ingat, yang saya kongsi pendapat dengan kedua-dua sahabat baik saya dalam forum pada Sabtu baru-baru ini.

Secara dialektik materialisme, ini lah sebab-musabab saya sokong Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang melaksanakan sendiri TMP, terutama LRT dan PDL1.

Setuju?

No comments:

Post a Comment