PENULIS dengan bos, Puan Yap Lee Ying merakamkan gambar kenang-kenangan di Padang Kota Lama, George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Ekonomi | Mulanya saya ingat kapitalis spekulatif swasta di Malaysia sahaja seakan tidak senang duduk apabila projek infrastruktur negara seperti MRT dilaksanakan sendiri oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), secara bilateral dengan GLC/SOE dari China.
Rupa-rupanya pentadbiran Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) juga dipertikai oleh kapitalis spekulatif swasta apabila begitu banyak projek infrastruktur negara berjaya dibina oleh GLC (baca: Badan Usaha Milik Negara, BUMN) sendiri.
Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri (KADIN) Rosan Roeslani sendiri baru-baru ini mengeluh di depan Jokowi, kerana begitu banyak projek-projek negara didominasi oleh BUMN.
Menteri Keuangan Sri Mulyani sendiri mempertikai corak pentadbiran Jokowi kerana BUMN melaksanakan begitu banyak projek pembangunan infrastruktur negara, untuk pemerintah dan rakyat.
Jokowi bukan anti kapitalis, tapi negara Indonesia ketika ini pun seperti Malaysia, menimba pengalaman daripada China.
China melaksanakan industrilisasi kapitalisme atau pemodalan secara besar-besaran di mana syarikat milik penuh pemerintah dan bank milik penuh negara melaksanakan sendiri projek pemajuan keretapi laju berkapasiti tinggi, perumahan mampu sewa selesa, urbanisasi, rumah hijau dll.
Apabila pemerintah Indonesia dan Malaysia di dalam negaranya sendiri menerima asakan pembangkang supaya mengikat perbelanjaan, dakyah “negara akan bankrap jika hutang melebihi 55% GDP” dll dan pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab untuk memajukan negara serta taraf hidup rakyat terbanyak; maka akan wujud Dialektika Materialisme.
Dialektika Meterialisme, ertinya sifat-sifat yang saling pertentangan serta saling berkaitan terhadap sesuatu material, hingga melahirkan proses baru pada material yang sama.
Cuma, Dialektika Materialisme yang terjadi di Indonesia dan Malaysia bukanlah secara dalaman, seperti kebangkitan kelas buruh dan rakyat terbanyak menentang kapitalisme.
Dialektika Materialisme yang terjadi di kedua-dua negara berlaku disebabkan menerima faktor-faktor luaran, seperti menimba pengalaman daripada ‘Industrialization capitalism’ dari China secara hubungan bilateral ekonomi.
Ertinya, Dialektika Kapitalisme ini dinamik, sehingga mengubah keadaan bernegara walaupun wujud perebutan ekonomi antara kaum kapitalis spekulatif setempat masing-masing di Indonesia dan Malaysia.
Setuju?
For The Many, Not The Few
#ManifestoMerah
No comments:
Post a Comment