Kalau pasca pengabungan kelak hanya memerlukan 5,000 sahaja, patutkah sesebuah Kerajaan memecat baki 15,000 lagi kakitangan RTM-Bernama?
Atau, lebih elok Kerajaan Pusat menyusun semula guna tenaga sedia ada ke sektor-sektor awam yang lain?
Kalau tujuan penggabungan antaranya untuk menjimatkan belanja persekutuan, penyusunan semua baki sumber tenaga lebihan semacam tidak menjimatkan sumber belanja persekutuan. Bagaimana?
One Belt & Onw Road (OBOR) yang dilaksanakan ini sekaligus menyusun semula tenaga buruh yang hilang pekerjaan akibat dasar automasi dan perubahan persekitaran ekonomi dunia, kata Presiden Republik Rakyat China, Ji Xinping ketika menjelaskan gaya berfikir pentadbirannya di berpusat di Beijing.
CARA KERAJAAN BERFIKIR
Dengan rakan-rakan Facebook, selalu saya mesej, “government minded adalah tak sama dengan cara orang korporat swasta fikir iaitu for profit oriented semata-mata.”
Lain lah kalau pemerintah memang nak melaksanakan dasar ekonomi neoliberal, segala sektor awam seperti hospital, sekolah, universiti, pengangkutan awam dan pelbagai lagi kemudahan awam lain, akan wajib mengambil kira soal pulangan hasil untung (ROI)
“Kalau kerajaan berbelanja lebih, boleh dapat balik tak pulang untung? All for profit only!”
Jadi, bagaimana sebuah kerajaan yang mengutip cukai daripada rakyat patut berfikir?
Kerajaan, memang ada benda dia tidak dapat tidak wajib berbelanja. Contohnya, bayar gaji kakitangan kerajaan. Ini, automatic spending.
Satu lagi, adalah discretionary spending iaitu perbelanjaan wajar berdasarkan polisi fiskal kerajaan.
Contoh, kalau Kerajaan Pusat nak melaksanakan program bersih laut fasa pertama peringkat Utara Semenanjung Malaysia terutama di Pulau Pinang. Secara real material, memerlukan 10,000 kakitangan baru, jentera-jentera, teknologi, tenaga mahir dll untuk menjayakan program itu. Melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), barulah disediakan discretionary spending sejumlah RM5 bilion dalam tempoh setahun.
RM5 bilion ini, kalau Treasury menerbitkan bon untuk dibeli oleh depositors guaranteed seperti KWAP atau KWSP, sampai suatu tempoh matang sudah tentu akan meningkatkan angka hutang sebenar (abselute debt) kerajaan sendiri.
Tapi, Kerajaan tidak perlu lah bimbang dengan dakyah neoliberal, kononnya Malaysia akan bankrap kerana angka hutang persekutuan + liabiliti luar jangka sekarang sudah melebihi RM1 trilion.
Kalau hutang kerajaan 97.7% dalam dedominasi RM, macam mana kerajaan boleh nak bankrap?
Hakim mahkamah mana di Malaysia ini begitu naif untuk mengisytihar kerajaan persekutuan bankrap atas dalih hutang persekutuan melebihi 55% GDP?
JUMLAH keseluruhan hutang kerajaan sebenarnya bersamaan net savings sektor bukan kerajaan dalam ekonomi negara. Macam bayang-bayang yang terpantul dari cermin tak? Bayangkan!
SECTORAL BALANCES
Dalam macro accounting pun, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan yang dalam RM itu sebenarnya adalah bersamaan nilai simpanan bersih (net savings) sektor bukan kerajaan dalam ekonomi negara ini.
Jika jumlah hutang kerajaan persekutuan + liabiliti luar jangka adalah RM1 trilion, maka jumlah net savings dalam sektor bukan kerajaan juga adalah senilai RM1 trilion juga.
Nilai simpanan bersih dalam RM bagi sektor bukan kerajaan adalah total savings dalam RM bagi sektor ini, ditolak total liability dalam RM bagi sektor ini.
Sektor bukan Kerajaan Malaysia adalah terdiri oleh sektor isi rumah + syarikat-syarikat swasta dalam serta luar negeri + negara asing.
Fahamnya di sini, jika Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat untuk mengurangkan jumlah hutang negara dalam RM ini, impaknya adalah jumlah simpanan bersih (net savings) dalam nilai Ringgit di dalam ekonomi negara juga akan turut menguncup.
Jika difahamkan salah satu gambaran goverment oriented di atas, Kerajaan Persekutuan tidak akan mengambil langkah “penyingkiran 15,000 kakitangan RTM-BERNAMA untuk menjimatkan kos.”
Goverment Oriented akan melaksanakan program seumpama bersih laut, tanpa melihat pada ROI jika Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih (deficit spending).
Kerana, berbelanja Kerajaan Persekutuan untuk program bersih laut umpamanya, adalah contoh sangat progresif serta membawa pelbagai faedah untuk rakyat terbanyak. Antaranya:-
• Menambah net savings dalam ekonomi negara;
• Membesarkan saiz ekonomi negara, sejajar dengan pertambahan populasi rakyat;
• Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran;
• Mewujudkan kesan pengganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan impak sosial. Contoh, hasil nelayan juga berlipat kali ganda ekoran Kerajaan Pusat di bawah program bersih laut melaksanakan pembenihan habitat, penanaman terumbu jadian dll;
• Hasil Persekutuan dalam bentuk cukai langsung dan tidak langsung juga meningkat, kerana rakyat yang ‘berpendapatan mampu hidup’ berbelanja lebih;
• Kitaran ekonomi dalam negara berkembang sihat, kerana peningkatan kuasa membeli rakyat sejajar dengan kuasa produktiviti negara; dan banyak lagi.
JEREMY Corbyn merupakan pemimpin utama Parti Buruh UK, seorang yang sangat berfikiran real material ekonomi dalam mengkritik dasar-dasar perbelanjaan tak produktif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Theresa May. For The Many, Not The Few adalah moto kempen perjuangan Corbyn demi menggamit sokongan rakyat serta kelas buruh terbanyak di negara itu.
BELANJA PRODUKTIF, BAGAIMANA?
Dalam siri D.E.K.P.O.S ataupun Diskusi Ekonomi Politik Sosial di Pulau Pinang baru-baru ini pun, ada dibincangkan soalan di atas. Menarik!
Katakan lah, Kerajaan ada RM5 bilion untuk berbelanja.
Pertama, nak bina 4 bangunan pencakar langit tertinggi ala-ala Menara Berkembar Petronas, tetapi mesti direkodkan paling tinggi di dunia sekali lagi.
Kedua, Program Bersih Laut Utara Semenanjung Malaysia terutama di Pulau Pinang.
Bagi 4 menara pencakar langit itu, nama Malaysia boleh terkenal. Kalau saya sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur, bolehlah berswafoto atau membeli belah di lot-lot komersial mewah semacam di Suria KLCC. Di situ, mungkin ada lah dalam 2,000 orang buruh murah yang makan gaji dengan majikan kapitalis besar. Setakat itu sahaja lah multipier effect.
Tapi, melalui program bersih laut, kesan pengganda daripada aspek ekonomi dan sosial lebih besar untuk rakyat, walaupun jumlah belanja kerajaan adalah sama RM5 bilion untuk buat 4 bangunan pencakar langit.
Asasnya mudah, perbelanjaan produktif “mesti lebih menguntungkan 99% rakyat terbanyak, berbanding segelintir puak.”
Belanja yang tak produktif pula, tentulah lebih menguntungkan 1% kroni kapitalis neoliberal swasta, yang sememanglah Kerakaan Pusat nak jaga kepentingan mereka.
Kalau kita jelas melihat program bersih laut adalah bentuk discretionary spending Kerajaan Persekutuan yang sangat produktif, kita akan faham bahawa projek membina bangunan pencakar langit untuk meletakkan jenama Malaysia di persada dunia tidak lah produktif mana pun.
TANGKAP layar Facebook, gambar Penulis (kiri) dengan rakan sekerja menyertai Kursus Kesihatan : Penyakit-Penyakit Berjangkit di Auditorium A KOMTAR pada pagi 13 September 2018 tadi.
KESIMPULAN
Kalau selepas itu, Kementerian Penerangan dalam langkah penggabungan BERNAMA-RTM kelak, mengambil langkah penyingkiran sejumlah kakitangan atas dalih Kerajaan Persekutuan “nak jimat belanja, hutang negara cecah RM1 trilion,” wajib diasak dasar ekonomi ikat perut (Austerity Policy) serta faham neoliberal ekonomi itu.
Dan, kalau melambakkan semua 20,000 kakitangan terbabit dalam agensi sama, walhal tenaga buruh yang diperlukan kira-kira satu perempat (1/4) sahaja, itu juga contoh pembaziran belanja persekutuan secara tak produktif.
Lainlah kalau Kerajaan menyusun semula lambakan warganegara hilang pekerjaan terbabit secara langsung melalui Job Guarantee Scheme bagi melaksanakan fasa pertama Program Bersih Laut Utara Semenanjung Malaysia terutakan di Pulau Pinang, wajib disokong oleh rakyat.
Rakyat mesti diasuh untuk membincangkan satu-satu tindak tanduk kerajaaan secara real material, dengan ketepikan sentimen politk personaliti ataupun politik kepartian ekstrim.
Sebagai rakyat dan pembayar cukai, wajib kita bertanya “apa untungnya dalam bentuk duit ringgit dan kemewahan material?” kalau aku menyokong satu-satu dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sendiri.
Dan, wajib jelas di sini, kalau Persekutuan pada tarikh 31 Disember 2018 nanti boleh mencatatkan lebihan kewangan (surplas) kerana dalam langkah penggabungan RTM-BERNAMA terpaksa menyingkirkan ribuan pekerja, itu sebenarnya langsung tidak ada makna bagi rakyat terbanyak.
Berfikir secara material ekonomi. Apabila rakyat bijak, ia akan mengasak Kerajaan Persekutuan hari ini agar lebih progresif.
Bayang....
No comments:
Post a Comment