16 August 2018

SST ganti GST, kenapa harga barang masih tak turun-turun?


PENUSLiS dan dua rakan, Cik Siti & Cik Shenii dalam HP Inovation Week 2018 dekat Batu Kawan Industrial Park, Pulau Pinang pada petang 16 Ogos di sini


Mungkin selepas ini, harga barang tak akan turun lagi, kenapa? Sebab revenue?

Begini...

Harga baju T + 6% GST = RM10.60.

Harga baju T + 0% GST = RM10.60.

Harga baju T + SST        = RM10.60.

Kenapa dah reform sistem cukai barangan pun, harga barangan tak turun-turun? 

Salah kerajaan ataupun golongan peniaga yang degil tak mahu turun harga jualan?

Soalan ini tidak boleh diperjelas atas kertas secara matematik mudah - + bahagi darab %. Kenapa? 

Tiap-tiap kilang baju ada pendapatannya sebelum GST dilaksanakan dan selepas SST diperkenalkan.

Pengusaha kilang tidak semberono menurutkan harga borong mengikut nisbah pelaksanaan sifar kadar GST atau ketika SST diperkenalkan.

Sebab itu lah, sesetengah barang dalam pasaran didapati masih kekal pada harga asal sedia ada. 

Dahulu harga RM10.60 bagi sehelai baju T, harga sekarang pun sama, RM10.60 juga.

“Kalau tak balik modai (revenue), macam mana nak nak turun harga barang ikut cukai kerajaan. Tapi kalau revenue meningkat 30% jadi RM1.2 juta, sangguplah hilang RM200K untuk menurunkan harga barang untuk elak birokrasi perundangan sebab tak bayar cukai kerajaan.”

Hanya satu cara sahaja untuk memastikan harga jualan barang turun, iaitu dengan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan Kerajaan sendiri mestilah berbelanja secara defisit.

Contoh, Kerajaan sasar nak meningkatkan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM2,500, maka, Kerajaan Pusat memperbanyakkan projek ala ECRL dan HSR di Kuala Lumpur sampai ke Pulau Pinang, Johor Bharu, Perlis dan Terengganu.

Apabila gaji pekerja meningkat, kuasa membeli mereka juga akan meningkat, sekaligus menyumbang pada peningkatan kuasa produktiviti. 

Apabila rakyat banyak duit membeli baju T tersebut umpamanya, sekaligus akan menggandakan hasil pendapatan kilang tersebut.

Daripada sini, ada dua pelajaran penting bagi ekonomi Keynes.

Pertama, Pendapatan (revenue) kilang baju meningkat, barulah boleh dia menurunkan harga. Tidak kira lah ketika GST dilaksanakan, ataupun ketika SST dilaksanakan.

Kedua, Kerajaan boleh kawal real things sebenarnya seperti bina ECRL & HRS untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kenapa masih kawal harga barang secara konservatif dengan menyalah peniaga yang memang terpaksa/enggan menurunkan harga barang?

Bayangan.

___________
P/S: Ekonomis Neoliberal tak kisah pun Kerajaan kawal harga barang. Mereka akan susah hati dan mungkin marah apabila Kerajaan sedar mereka boleh kawal pengeluaran “real things” dalam sektor-sektor utama ekonomi negara (lung economy), demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan revenue sektor perniagaan swasta (macam kes kilang baju tak turun harga jualan), serta meningkatkan taraf hidup rakyat terbanyak (M40 & B40). Kalau Fed Govt bina sendiri banyak projek ala ECRL & HSR, ertinya Kerajaan Persekutan sendiri campur tangan dalam kegiatan ekonomi negara. Mungkin Zainulfaqar Yaacob & Tun Daim Zainuddin sahaja akan marah, sebab kami kapitalis spekulatif swasta yang menyokong ekonomi neoliberal dan dasar penswastaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus