SUASANA gelanggang perdebatan di Kongres PSM Ke-40 di Ipoh, 15 Julai 2018. | Gambar: Facebook Sosialis
Dalam garis juang parti (party line) yang dibentangkan dalam Kongres Ke-19 di Negeri Sembilan pada tahun lalu, PSM berpendirian lain terhadap GLC persekutuan dan negeri.
Dahulu, GLC dianggap sebagai kelas Kapitalis Nasional, mesti dimusuhi dan pendekatan PSM adalah melawan.
Bagi GLC di bawah kelas Kapitalis Kecil pula, PSM mengambil sikap melawan apabila rakyat terbanyak ditindas oleh pentabdir syarikat subsidiari kerajaan berwajib.
Sebagai pemerhati luar, Faqar berpendapat PSM harus melihat semula cara parti melihat GLC ini secara dialektika materialisme, berdasarkan beberapa faktor seperti:
MUHAMMAD Harris Nasril (tengah) sebagai moderator bersama-sama dua panelis, Khairul Nizam (Aduka Taruna) dan Choo Choon Kai (kiri) pada forum berjudul “Setelah Berjaya Tumbangkan Rejim UMNO - BN, Apakah Aspirasi Rakyat Selepas Ini?” di sini.
Hujah Pertama:
Ambil contoh GLC seperti Petronas. Andaikan Zainulfaqar Yaacob sebagai CEO bagi syarikat berkaitan kerajaan itu.
Kalau Zainulfaqar mati, Petronas tidak boleh diwarisi kepada anak atau kroninya.
Ini kerana, GLC itu adalah entiti korporat milik Kerajaan Persekutuan, bukan golongan kapitalis spekulatif swasta.
Lain lah kalau Kerajaan melalui GLC lain iaitu Khazanah Nasional Berhad berhasrat untuk menjual aset persekutuan untuk melangsaikan hutang negara yang konon-konon RM1.3 trilion.
Saya pernah menulis di Facebook juga, bayangkan kepentingan Petronas dijual serta dikuasai kepada San Miguel.
Kalau salah seorang anak lelaki kepada Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad masih menguasai syer terbesar dalam syarikat kapitalis asing swasta dari Filipina itu, ertinya beliau akan menguasai kepentingan ekonomi dalam GLC Malaysia.
Bayangkan!
Hujah Kedua
Sistem pengangkutan awam moden seperti KL Monorel diswastakan oleh perdana menteri ke-4 iaitu Dr Mahathir dulu, sebelum ‘diselamatkan’ (bail-out) perdana menteri seterusnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah.
Era Pak Lah, KL Monorel atau LRT dll semuanya kembali menjadi aset persekutuan dan diurus oleh GLC seperti Khazanah Nasional Berhad.
Waktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, Kerajaan Persekutuan sendiri melalui GLC membina MRT 1 & 2. GLC terbit bon korporat yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.
Yang membina MRT juga adalah GLC persekutuan. Dan, selepas siap MRT itu, sekaligus menjadi aset persekutuan dan bukan sektor swasta.
Fahamnya di sini, dialektik materialis pada GLC adalah jelas berubah-ubah, perlu dilihat secara hakiki, bukan generalisasi GLC semuanya kelas kapitalis secara borong atas hujah dasar penswastaan neoliberal ekonomi era Dr Mahathir sejak 1980-an yang melahirkan GLC.
“GLC ini sama ada kelas kapitalis atau tidak, golongan real Leftist perlu melihatnya macam pisau. Kalau pisau (kapital) ini digunakan untuk memotong sayur, maka ia kelas Kapitalis Nasional yang mesti dilawan.
“Tapi, kalau pisau ini digunakan untuk memotong sayur, maka PSM sendiri perlu menilai semua secara dialektika materialisme - adakah GLC di Malaysia ini adalah kapitalis?” tanya saya dalam sesi perdebatan di sini.
Hujah Ketiga
Salah seorang delegasi membangkitkan persoalan, kenapa tidak Kerajaan Persekutuan sendiri membina MRT, tapi menggunakan GLC?
“Kalau MRT 1 & 2 dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, KWSP sebagai (guaranteed depositors) akan beli bon kerajaan, ertinya ia akan menyumbang pada peningkatan angka hutang negara.
“Mungkin pentadbiran Najib Razak malas nak layan atau tak tahan asakan pembangkang (Pakatan Harapan) ketika itu, maka projek-projek persekutuan utama dilaksanakan melalui GLC persekutuan,” jelas saya lagi.
Dalam dunia hari ini, ada banyak model yang lebih progresif di mana segala projek pembangunan negara dilaksanakan oleh syarikat subsidiari 100% milik penuh parti pemerintah.
Contohnya Singapura. Kerajaan menguasai bank pembangunan negeri yang terlibat dalam membiayai projek-projek kerajaan dalam sektor ekonomi utama (lung economy).
Untuk rekod, hutang korporat Singapore berbanding GDP 2010 adalah 95%, meningkat jadi 145% pada tahun 2014.
Begitu juga di Republik Rakyat China, sehingga pertengahan tahun (Q2 2017) menyaksikan hutang korporat berbanding GDP meningkat jadi 163%.
Hujah Keempat
Sinar Harian Online pada 7 Januari 2012 melaporkan, Kerajaan Persekutuan melalui GLC ketika itu, secara purata memiliki 4O% daripada 100 saham utama dalam indeks KLCI Bursa Saham Malaysia.
Fahamnya di sini, apabila pegangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam Bursa Malaysia semakin meningkat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, ertinya ia adalah sejajar dengan pendirian PSM.
Kerana, sudah lama PSM menentang dasar penswastaan serta memberi projek kepada kroni kapitalis pemerintah, hatta menindas 99% rakyat terbanyak.
Itu belum ambil kira keadaan sebenar tahap hidup serta gaji pekerja yang kian baik, apabila Kerajaan melalui GLC menguasai Lung Economy di tanah air ini.
Setuju?
UNTUK RAKYAT TERBANYAK, BUKAN SEGELINTIR PUAK
For The Many, Not The Few
#DEKPOS | #ManifestoMerah
No comments:
Post a Comment