09 June 2018

Kerajaan tak bina hospital baru, padan lah lambakan graduan perubatan


Baca laporan berita Malaysiakini, Dzulkefly: Gov’t to impose quota on medical graduates.

Di Facebook  ada lah saya bertanya, “SAIZ HOSPITAL KERAJAAN TAK BERTAMBAH, MACAM MANA NAK TAMPUNG LAMBAKAN PESAKIT DAN GRADUAN PERUBATAN YANG KIAN MENINGKAT?”

Begini... Di Hospital Besar Pulau Pinang (GH) ada doktor, jururawat, pembantu perubatan, pentadbir, pembekal, kakitangan sokongan dll. 

Semuanya terlibat membayar pelbagai cukai kepada Kerajaan.

Bayangkan jika GH tiada, tentulah hasil cukai daripada semua golongan rakyat ini juga tiada.

Fahamnya di sini, apabila Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih, maka secara kasar tentulah hasil cukai yang dikutip juga akan lebih.

Daripada aspek lain, selalu saya sebut, “kek yang biasa dimakan oleh 100 orang, kalau nak dimakan oleh 1,000 orang, memang tak cukup, melainkan saiz kek itu mesti diperbesar untuk dimakan oleh 1,000 orang itu.”

Begitu juga lah dengan isu lambakan graduan bidang perubatan yang kian bertambah, tapi luas lantai hospital masih dalam saiz sama.

Jumlah lambakan pesakit ke hospital kerajaan juga bertambah, tapi luas lantai hospital masih sama.

Sebenarnya populasi rakyat terutama pesakit ke hospital kerajaan kian bertambah, patut Fed Govt membina lebih banyak hospital kerajaan.

Dengan membina lebih banyak hospital kerajaan, bukan sahaja hasil cukai lebih banyak boleh dikutip, malah sekaligus menyediakan lebih banyak peluang kerjaya untuk graduan perubatan dan kejururawatan.

Fed Govt tidak perlu bimbang mengenai projek membina lebih banyak hospital kerajaan, melalui Khazanah atau DanaInfra terbitkan bon korporat untuk dibeli oleh depositors guaranteed seperti KWSP dll, bagi membiayai projek awam itu

Dalam birokrasi membayar hutang bon ini, Fed Govt perlu bayar faedah sahaja untuk satu tempoh matang.

Pembayaran sebegini, jangan pula dianggap sebagai membayar hutang negara kerana ia adalah Operating Expenditure  sahaja.


Kalau Fed Govt. ada perasaan yang baik, anti penswastaan dan ubat-ubatan di hospital kerajaan, anti faham ekonomi neoliberal, mereka tidak akan berdalih “kita kecilkan pengambilan penuntut bidang perubatan dan kejururawatan kerana tempat terhad di hospital kerajaan.”

Setuju?

No comments:

Post a Comment