Xi Jinping Marxisme-Leninisme?


Klik China Xinhua New  untuk menonton ucaptama Presiden Republik Rakyat China, Xin Jinping dalam Persidangan Tahunan Forum Boao 2018, semalam.



Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Ulasan Karl Marx (5 May 1818 – 14 March 1883) adalah berdasarkan cerapannya pada keadaan material sekeliling yang terjadi di Jerman.

KARL MarxDi Jerman waktu itu seakan belum menempuhi era perindustrian yang sebenar, secara menyeluruh. 

Waktu itu, Marx hanya melihat bagaimana tenaga buruh daripada kalangan petani dimanipulasi oleh tuan-tuan tanah.

Melihat apa yang terjadi, pada era Perindustian nanti, Marx menjangkakan bank-bank akan mengambil alih peranan tuan tanah, menjadi kapitalis pemodal yang akan menindas kelas buruh di kilang-kilang.

Berbeza Zaman

Datang Vladimir Lenin (22 April 1870 – 21 January 1924) kemudian, hidup di Rusia pada era perindustrian, revolusioner itu melihat ramalan Marx itu seakan tidak berlaku.

Perindustrian di Rusia dikuasai oleh monarki, dengan anak kepada Raja Tsar atas minat peribadi sendiri terlibat dalam melaksanakan pemodalan secara besar-besaran (industrialization capitalism) di negara tersebut.

Dan, bank-bank pembangunan yang ditubuhkan ketika itu tidak berperanan sebagai kapitalis spekulatif, seperti yang diramal oleh Marx - Bank akan jadi kapitalis, berfungsi semacam Tuan Tanah yang menindas kelas marhaen. 

Di Rusia, bank hanya menjadi fasiliti / mekanisme untuk menggerakkan perindustrian semata-mata, tetapi tidak sampai pada status ‘kapitalis spekulatif’ yang menguasai struktur pasaran ekonomi negara.

Ketika itu, monarki dan kelas bangsawan yang menguasai ekonomi negara, tapi rakyat terbanyak khususnya kelas buruh industri seakan diabaikan. 

Dan, Lenin sendiri yang banyak menerima pengaruh Marx, menegaskan peri penting kelas buruh bersatu melaksanakan revolusioneri (iaitu mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik); selain mengakui fungsi bank dalam merancakkan lagi sektor perindustrian negara.

Di sini lah antara titik perbezaan antara sikap Lenin dan Marx, kerana cara berfikir mereka walaupun sama secara “dialektik materialisme”, namun benda yang dicerap begitu berbeza disebabkan faktor zaman, tempat serta keadaan material yang berubah-ubah.

Era Xin Jinping 


News China Industrialization, yang digagas oleh Presiden Xi Jinping, dikatakan sebagai tersimpang jauh daripada faham Marxisme.

Sesetengah mengangggap Republik Rakyat China yang ada pada hari ini secara politik masih lagi berpegang pada faham Marxisme.


Namun, secara ekonomi, Xi Jinping sendiri dianggap sebagai sebagai pemimpin pro kapitalis, serta mengamalkan Neo Imperialisme, yang tidak jauh bezanya dengan pentadbiran Rumah Putih di Amerika Syarikat.

Xi Jinping digambarkan sebagai kapitalis sebenar yang menguasai bank-bank demi melaksanakan industrilisasi modal dalam projek-projek keretapi peluru, pertanian hibrid dll.

Xi Jinping juga digambarkan sebagai kapitalis sebenar yang cuba menjajah negara-negara membangun termasuk Malaysia, atas nama projek “One Belt, One Road".

Dalam beberapa forum inisiatif One Belt, One Road, Xi Jinping menjelaskan peri penting institusi perbankan menggerakkan perindustrian dunia.

Progresif China

Di China, sejak sebelum Ji Xinping menjadi Presiden lagi, bank-bank pembangunan ini 100% milik penuh kerajaan yang memerintah, bukan milik seorang Presiden atau kroni-kroni tertentu China.


Dengan Parti Komunis Rakyat China sendiri yang menguasai Pemerintahan Negara China, maka bank-bank 100% milik pemerintahan ini hanya berfungsi menyokong segala program industrialisasi modal yang dibuat oleh agensi negara.

Bank-bank pembangunan ini tidak dikuasai oleh mana-mana kapitalis spekulatif, maka, tentulah institusi itu tidak menjadi ‘vehichle kapitalis’ untuk mengawal ekonomi negara dan semua kelas rakyat.

Dengan maksud yang lebih mudah, pentadbiran Ji Xinping meningkatkan fungsi bank-bank untuk melaksanakan industrialization capitalism serta meningkatkan tahap kehidupan rakyat (baca: kelas buruh).


Amalan Ji Xinping ini bukan seperti struktur perindustrian tententu di Malaysia, di mana ahli politik, kapitalis, syarikat kroni serta pemegang-pemegang syer utama bank yang saling berpakat memanipulasi institusi kewangan untuk menjana keuntungan berganda di tanah air ini.

Contohnya, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) diasak mewujudkan pelbagai skim pinjaman langsung kepada syarikat-syarikat pemaju perumahan swasta berwajib, demi mendepani isu ‘lambakan hartanah (Over Production) yang terjadi di tanah air ini.

Asakan sebegini lebih menguntungkan segelintir kapitalis swasta, bukan lah rakyat terbanyak yang memerlukan unit kediaman mampu sewa selesa 100% dimajukan oleh Kerajaan sendiri.

Kembali melihat pentadbiran Ji Xinping melaksanakan pelbagai industrialization capitalism sejak hampir dua dekad lalu, sesetengah menganggap Presiden ‘Seumur Hidup’ China itu lebih berfahaman Marxisme-Leninisme, iaitu sintesis pemikiran Marx dan Lenin.

Setuju?


FOR THE MANY, NOT THE FEW

#ManifestoMerah


Comments

Disqus