_facebook | Yang “teghenyeh” sendirian dalam gambar itu adalah saya (depan, lima dari kiri) waktu Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki).
Saya tinggal di asrama sejak Tingkatan Satu sampai Tingkatan 6 Atas, 1996 - 2002, akhirnya jadi pelajar terbaik lalu diberi peluang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Keluarga saya bukan orang senang. Mujurlah luas lantai asrama, katil - tilam - bantal - cadar, tandas & bilik air, padang permainan, makan minum dll semuanya dinikmati dengan sewa termurah, ketika itu yuran tahunan tidak sampai RM600.
Bayangkan jika semua fasiliti di asrama itu wajib dibeli semacam Rumah Mampu Milik (RMM) di tengah-tengah George Town, sebelum saya menikmati semuanya.
RMM yang dimajukan oleh syarikat spekulatif swasta ini ada yang harga maksimum seunit RM400,000, RM300,000, RM200,000, RM72,500 (rumah kos sederhana rendah) dan RM42,000 (rumah kos rendah).
Kalau lantai asrama ini semacam RMM, maka terpaksalah keluarga saya yang miskin ini membeli terlebih dahulu daripada syarikat kapitalis spekulatif swasta, sebelum saya menikmati segala fasiliti asrama tersebut.
Contoh asrama sekolah Al-Mashoor, bagi sesetengah pembaca di sini, mungkin dianggap tidak tetap untuk menggambarkan peri penting sektor RMM kapitalis swasta ini dirombak secara hoslitik menjadi Skim Perumahan Mampu Sewa Selasa.
Bagaimana pula dengan unit kediaman berkeluasan lantai lebih 1,200 kaki persegi khusus untuk kakitangan kementerian kesihatan di belakang Hospital Besar Pulau Pinang (GH), semua rumah 100% milik penuh Kerajaan Persekutuan boleh dinikmati dengan sewa bulanan serendah RM300?
Fahamnya di sini, sektor perumahan negara boleh diasak dan dirombak agar lebih progresif - iaitu mesti lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak daripada kalangan ahli politik serta syarikat kapitalis spekulatif swasta.
Memang lah status Facebook ini dibuat oleh revolusioner, iaitu “seorang yang senantiasa berusaha mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik.”
Mesej ini ditujukan kepada semua pengundi. Kita adalah pembayar cukai. Jangan taasub kepada mana-mana parti yang kita sertai.
Baca betul-betul manifesto PRU14 secara objektif. Kalau boleh, asak semua pemimpin parti supaya melaksanakan Skim Perumahan Mampu Sewa Selesa.
Ingat, kita semua adalah pengundi berdaftar, jangan takut untuk memberontak terutama terhadap ahli politik bodoh serta mereka yang mesra dengan syarikat kapitalis spekulatif swasta.
Bayangkan!
FOR THE MANY, NOT THE FEW
#DEKPOS
#ManifestoMerah
#AnalisisPRU14
#AlMashoor
No comments:
Post a Comment