28 March 2018

Bagaimana Kerajaan DAP bantu usahawan Melayu P.Pinang?

DR. Afif Bahardin (paling kiri) diiringi Norlela Ariffin (paling kanan) meninjau ladang buah nada di sini baru-baru ini. 

TUTM batu loncatan bantu usahawan tani muda dapat pinjaman modal lebih besar – Dr. Afif 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PENANTI - Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) diperkenalkan demi membantu usahawan tani muda di bawah usia 40 tahun, mengembangkan perniagaan masing-masing sebelum mendapatkan modal yang lebih besar daripada institusi kewangan lain. 

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sejak tahun 2014 mengagihkan sejumlah RM470,000 kepada 91 orang termasuk tujuh lagi penerima terbaru skim pinjaman mikro kredit tersebut. 

Beliau memberitahu pihaknya sedang berusaha meningkatkan jumlah had pinjaman skim daripada RM5,000 kepada RM10,000, RM15,000 hatta RM20,000.


DR. Afif Bahardin (tujuh dari kiri) dan Norlela Ariffin (lima dari kiri) merakamkan gambar kenang-kenangan dengan para penerima skim pinjaman mikro kredit TUTM di sini baru-baru ini. 

“Ini adalah salah satu program untuk memperkuasa komuniti terutama di kalangan usahawan muda, melalui suntikan dana bantuan pinjaman mikro kredit. 

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak boleh menawarkan pinjaman lebih daripada RM20,000 kerana di luar sana ada banyak lagi geran pinjaman yang lebih besar, termasuk ditawarkan oleh Agro Bank dan SME Bank. 

“Skim ini umpama batu loncatan... supaya usahawan tani muda ini dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan modal TUTM ini, lalu melayakkan mereka mendapatkan pinjaman modal yang lebih besar daripada bank-bank lain kelak,” jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di Ladang Buah Naga dekat Sungai Lembu di sini pada 9 Mac lalu.

ADUN Penang, Dr. Norlela Ariffin turut berucap pada majlis sama, anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) iaitu agensi negeri yang menguruskan TUTM serta satu lagi skim pinjaman mikro kredit Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR). 

Hadir sama, wakil kepada Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Rozaidi Abdul Rahman; Pegawai Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Mohd. Reduan Ahmad; serta Pegawai Eksekutif PTSR, Ajri Zarith Nur Ahmad. 

AZLEENA Hasan
Sementara itu, Azleena Hasan, 39, usahawan wanita dalam bidang penternakan madu kelulut sejak empat tahun lepas lagi di Hutan Pelajaran Air Itam Dalam dekat Sungai Dua, Tasek Gelugor. 

Beliau merupakan penerima pinjaman TUTM kali yang kedua dengan kadaran RM10,000. 

“Bayaran balik pinjaman TUTM sepatutnya dalam tempoh dua tahun tapi saya langsaikan dalam tempoh setahun sahaja. 

“Projek keusahawanan madu kelulut ini saya buat sudah empat tahun, dan hasil kasar tahunan lebih RM150,000 juga. 

“Alhamdulillah proses kelulusan pinjaman ini pun mudah dan cepat, dan saya sokong sekiranya had pinjaman mikro kredit tanpa riba kali pertama ini adalah RM10,000,” jelasnya kepada pemberita. 

NUR Aqilah Diyana Abdul Latiff
Penerima, Nur Aqilah Diyana Abdul Latiff, 22, turut mengaku bahawa TUTM ini merupakan 'batu loncatan' untuk beliau mendapatkan pinjaman lebih besar daripada bank, demi mengembangkan proses keusahawan kek “Siti Delight” 

“Proses pinjaman kurang tiga bulan, tak susah proses mohon pinjaman, asalkan ikut prosedur semua. 

“Skim ini perlu diteruskan, kerana saya sendiri memerlukan pinjaman mudah untuk memperbesarkan perniagaan saya, sebelum memohon pinjaman yang lebih besar daripada Agro Bank umpamanya selepas ini,” jelas beliau. 

Tambah beliau, had umur layak meminjam TUTM juga sepatutnya di bawah 50 tahun, bukan 40 tahun memandangkan Pulau Pinang mahu dikenali sebagai 'Negeri Keusahawanan Dan Kebajikan'. 

Rozita Ahmad, 39, turut melahirkan rasa gembira keranan perniagaan roti kukus berpengkalan di Pusat Peladang Bukit Mertajam turut berjaya mendapat skim pinjaman mikro kredit ini. 

ROZITA Ahmad
“Proses pinjaman TUTM saya ini diluluskan kira tak sampai sebulan, dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian Daerah. 

“Ini bukan roti yang bakar, tapi roti versi kukus, ini semacam projek keusahawanan inovatif, cuma ia masih baru dan saya masih belum buat penjenamaan lagi. 

“Projek keusahawanan ini saya buat sudah masuk tahun yang kedua, dengan hasil kasar lebih RM30,000. 

“Buat masa sekarang ini saya hasilkan RM5,000 ini saya nak buat pusingan modal untuk ,” ujarnya sambil memberitahu projek keusahawanan ini secara sepenuh masa mulai pertengahan tahun ini. 

ISMA Mohamad Ibaidullah Ahmad Rani
Nada yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi penerima, Isma Mohamad Ibaidullah Ahmad Rani, 20-an, usahawan projek tani pokok bonsai komersial dekat Samagagah dekat Parlimen Permatang Pauh. 

Dikenali sebagai “Art Bonsai” di laman sosial facebook, ladang dengan keluasan setengah ekar dibuka hampir tujuh tahun, dengan hasil kasar tahunan kira-kira RM12,000. 

“Kerja secara sambilan, selain bonsai, saya ada jual juga pokok orkid dan pokok tin ...paling jauh, saya pos pokok adalah di Sabah dan Sarawak. 

“Alhamdulilah, proses permohonan tidak susah di pejabat pertanian pada bulan lepas, saya diminta buat kertas kerja sebelum ditawarkan skim pinjaman mikro kredit ini,” jelas beliau, yang juga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba). 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus