18 December 2017

Pas jangan galak sangat apabila ‘berkocak’ isu ECRL...


PENULIS minum nescafe di McD berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini.


PENYOKONG Pan Malaysian Islamic Party tak payah galak hantar mesej peribadi ke Facebook saya apabila saya menulis hal ekonomi yang sedikit kontradiksi daripada logik kepartian Oposisi.

Jangan lupa pemimpin kamu pun dulu galak sakan mengharamkan arak secara total dengan tidak berlandaskan faham fiqh. 


Apabila jadi Kerajaan Negeri Selangor pasca 2008, jenuh berdalih sebab ada kilang arak terbesar di negeri terkaya itu.

Sekarang, lawan lah pinjaman pelaburan melalui China Exim Bank ke projek ECRL. 

Esok lusa, jenuh nak cari dalih apabila Kerajaan Pulau Pinang nak buat pinjaman daripada bank pembangunan sama dari China, untuk projek Pelan Induk Pengangkutan (TMP) RM47 bilion.

Malaysia perlukan pemimpin pembangkang yang celik ekonomi, bijak birokrasi kewangan serta ada polisi yang menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak kroni.

Setuju?

#DEKPOS
#ManifestoMerah

No comments:

Post a Comment