03 December 2017

Kenapa saya katakan Bank Negara Malaysia boleh nyah tunggakan hutang RM4.3 bilion PTPTN?



Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Politik Ekonomi | Tawaran pendidikan percuma serta isu PTPTN memang ada atas kertas Bajet Alternatif 2018, namun pemimpin muda Pakatan Harapan belakangan ini seakan lebih ghairah memburu Jho Jho.

Saya terpanggil menulis isu berbangkit ini selepas terbaca status komrad Gandipan Nantha Gopalan di garis masa Facebook saya sebentar tadi.

Menarik status beliau, seperti di bawah:



Sebenarnya, sebelum ini pun telah banyak kali saya menulis di blog faqar.blogspot.com bahawa apa jua perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk pendidikan ini mempunyai kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek sosial dan ekonomi.

Justeru, jangan percaya dakyah sesetengah ekonomis politisi oposisi kononnya “Malaysia akan bankrap jika hutang negara melebihi 55% GDP”.

Andai ekonomis politisi oposisi sendiri termakan dakyah sebegitu, patut tak layak mempunyai hasrat untuk memerintah negara.

Sebabnya, mereka seakan tidak tahu betapa besarnya dinamika kuasa yang ada pada sebuah Kerajaan Pusat, termasuk di Bank Negara Malaysia.

Ambil contoh, langkah nyah hutang RM1,628.68 juta hutang lapuk PERWAJA secara berperingkat selama 17 tahun, yang diumumkan dalam Laporan ketua Audit Negara 2011.

Persoalannya, bagaimana nyah hutang korporat itu boleh terjadi tanpa Kerajaan Pusat sendiri kreditkan wang kepada syarikat milik kroni Eric Chia?

Jawapannya mudah, ‘Balance Sheet’ yang dilakukan di BNM sendiri kerana Central Bank of Malaysia itu diberi kuasa oleh Kerajaan Pusat ke atas High Powered Money serta boleh menerbitkan kredit yang diarahkan melalui Kementerian Kewangan tanpa kos, asalkan dalam Ringgit Malaysia.

Jika difahami bagaimana dinamika sebuah Central Bank bekerja untuk sebuah Kerajaan Pusat, ekonomis politisi oposisi sendiri akan mempertimbang langkah nyah hutang PTPTN secara berperingkat, supaya kurangan reserve bank tidak dilihat secara mendadak atas kertas.

Langkah seterusnya, sama ada Kerajaan Pusat melaksanakan perbelanjaan lebih untuk merealisasikan dasar pendidikan percuma di Universiti Awam.

Ataupun, Kerajaam Pusat boleh juga menerbitkan Bon Korporat melalui State-Owned Enterprise under MoF Inc. atau GLC, semacam kejayaan membina fasa II MRT Kajang tanpa menambah angka hutang terkumpul persekutuan.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus