M. Satees pada sesi soal jawab tambahan dalam Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini, pagi ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Premis-premis perniagaan di Bukit Mertajam yang banyak
dikuasai oleh buruh asing seakan menjadikan kawasan komersial itu
umpama 'Pekan Bangla', kata Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) M. Satees.
"Sekarang
saya nampak warga asing sudah berani menjalankan perniagaan dalam
premis.
"Saya
meminta pihak penguatkuasa mengambil tindakan di Pekan Bukit
Mertajam, kerana sekarang telah pun menjadi seperti 'Pekan Bangla',
tegas Satees dalam Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks MPSP dekat
Bandar Perda di sini pagi ini.
Beliau turut
meminta pihak pentadbiran MPSP mengemukakan rekod penguatkuasaan ke
atas warganegara yang menyalahgunakan lesen perniagaan untuk warga
asing menjalankan perniagaan secara 'haram' di Pekan Bukit Mertajam.
Menjawab isu
tersebut, Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamed memberitahu, sebanyak
lima operasi bersepadu dilaksanakan pada tahun lalu.
"Semasa
kita membuat operasi itu, (waraganegara) pemilik lesen (perniagaan)
itu ada di premis.
"Bagaimanapun
kesalahan imigresen sebanyak 154 membabitkan warga asing...dan
operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
"Lesen
untuk perniagaan tidak diberikan kepada warga asing, tetapi lesen
premis perniagaan, warga asing boleh mohon (daripada MPSP),"
jelas Rozali.
Rozali
memberitahu, pihaknya akan mengemukakan statistik terperinci kemudian
seperti diminta Satees.
Mengulas
lanjut isu berbangkit itu, Satees memberitahu, penguatkuasaan
berwajib MPSP itu adalah selari dengan langkah Kerajaan Negeri
melaksanakan larangan penjaja warganegara mengupah buruh asing
menjadi tukang masak di Pulau Pinang.
Sebelum itu,
Maimunah sekali lagi menjelankan mengenai langkah penguatkuasaan
dasar pengasingan sisa di punca mulai 1 Jun depan depan.
Menurut
beliau, dasar ini membabitkan lapan kategori premis, iaitu rumah
kampung, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kondominium dan
aparment, taman perumahan, kilang, kompleks membeli-belah, outlet
makanan dan hotel, serta kompleks kerajaan.
"Sebanyak
14 buah taman telah diiktiraf sebagai taman bersih semenjak tahun
2014, salah satu daripada lapan kriteria adalah pengasingan sisa di
punca," jelas beliau dalam ucapannya.
Terdahulu,
Kerajaan Negeri melalui MPSP pada 10 Januari lalu melancarkan projek
perintis pelaksanaan dasar pengasingan sisa di punca dekat Kampung
Changkat, Nibong Tebal, yang disempurnakan sendiri oleh Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Pada majlis
sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan
Banjir, Chow Kon Yeow semasa berucap memberitahu, peringkat permulaan
ini pemilik premis kampung umpamanya diminta membuat pengasingan sisa
di punca secara asas, iaitu sisa yang boleh dikitar semula dan
sebaliknya.
No comments:
Post a Comment