02 June 2015

Jinko Solar jana tenaga hijau sahaja, respons Guan Eng

KETUA Menteri (lima dari kiri) bersama-sama Mah Siew Keong (empat dari kiri) pada majlis perasmian pembukaan industri Jinko Solar di Pulau Pinang, 26 Mei lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan RM100 juta industri Jinko Solar di Kawasan Perindustrian Bebas Perai di negeri ini hanya berkaitan tenaga hijau jenis "solar" yang diperbaharui, bukannya pengayaan tenaga nuklear seperti di negara China.

Beliau berkata demikian, sebagai menjawab tuduhan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan yang menyamakan Jinko Solar di negeri ini dengan kilang Lynas dekat Kuantan di Pahang, yang didakwa menghasilkan unsur logam radioaktif dikenali sebagai 'torium'.

"Jangan samakan tenaga nuklear dengan tenaga yang diperbaharui seperti tenaga solar," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan di sini, tengah hari tadi.

Guan Eng turut respons pada kejadian pencemaran alam membabitkan Jinko Solar di wilayah Haining, China pada September 2014, sebagaimana dibangkitkan oleh Cheng Guan.

"Kalau memakai logik Cheng Guan, mengapa IWK (Indah Water Konsortium Bhd.) pernah dikaitkan dengan pencemaran air di Batu Feringghi sebelum ini pun langsung tidak larangan (meneruskan operasi hingga kini).

"Malah, petrol yang bukan tenaga yang diperbaharui pun sepatutnya dilarang (produktivitinya di negara ini).

"Di Pulau Pinang ini, apa yang kita bercakap sekarang adalah mengenai tenaga yang diperbaharui (solar), bukannya tenaga nuklear (seperti di China).

"Jika (Jinko) benar-benar dibukti bersalah (di China) sekalipun, hukumlah (Jinko) dan selepas itu operasinya diteruskan seperti biasa," jelas Guan Eng, sambil mempertikai kredibiliti peribadi Cheng Guan.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih memberitahu Jinko Solar dibenarkan di negeri ini selepas mendapat mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA).

Sebelum itu, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri memberitahu bahawa pelaburan Jinko Solar di negeri ini selepas mendapat kebenaran agensi persekutuan, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan agensi negeri, invest-Penang.

Katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mencadangkan tarikh pembukaan rasmi industri Jinko pada 26 Mei 2015, walaupun ketidakhadiran Perdana Menteri itu diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong.

"Datuk Mah mewakili Perdana Menteri, yang mewakili Perdana Menteri juga untuk menyerahkan lesen kilang kepada Jinko.

"Pelaburan (Jinko) ini sebenarnya telahpun diluluskan oleh kedua-dua agensi Kerajaan (MIDA dan invest-Penang), termasuk mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar," jelas Hon Wai yang juga ADUN Air Itam.

Terdahulu, Cheng Guan mendakwa Guan Eng tidak menghalang Jinko membuka industri di negeri ini, sedangkan pada masa yang sama membantah pembangunan kilang Lynas yang didakwa menghasilkan nadir bumi di Kuantan, Pahang.

Tambahnya, pembangunan Jinko di negeri ini sekaligus bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk merealisasikan impian "Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat" yang disebut-sebut oleh Guan Eng sendiri.

Memetik suatu laporan agensi antarabangsa AFP, Cheng Guan memberitahu bahawa kilang Jinko di wilayah Hainan, China pada bulan September 2011 pernah dikaitkan dengan kejadian bencana ekosistem, seperti pencemaran sungai yang mengakibatkan sejumlah besar ikan dan babi di sana mati.

Memetik laporan agensi antarabangsa Reuters pula, Cheng Guan memberitahu, sungai yang tercemar dek sisa kilang berkenaan itu masih gagal ujian pencemaran pada bulan April tahun berikutnya, dengan pemeriksaan agensi kerajaan Cina mendapati air sungai tersebut mengandungi 10 kali ganda kadar toksid (flouride).

Guan Eng menegaskan bahawa Jinko Solar dibenarkan membuka kilang di negeri ini kerana menghasilkan tenaga hijau yang diperbaharui daripada sumber solar.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus