ILUSTRASI 'Penang Sky Cab' yang dibina dari tapak Penang Sentral dekat Bagan bagi menghubungkan tanah besar Seberang Perai dengan bahagian pulau. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACON
GEORGE TOWN -
Projek kereta kabel 'Penang Sky Cab' yang menghubungkan bahagian
pulau ke tanah besar Seberang Jaya sebenarnya adalah produk
pelancongan masa depan Kerajaan Negeri, dan bukanlah ganti pada janji
politik Kerajaan Pusat menjelang pilihan raya umum lepas untuk
membina transit laju massa (MRT), transit aliran ringan (LRT) atau
monorel di negeri.
Justeru, Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu
mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu
memandangkan 'Penang Sky Cab' sebenarnya adalah di bawah kategori produk pelancongan
negeri.
"Selepas menunggu
selama beberapa tahun (untuk Kerajaan Persekutuan untuk mula membina
MRT), kami (Kerajaan Negeri) akhirnya mengambil keputusan untuk
membinanya (Penang Sky Cab) kita (Kerajaan Negeri) sendiri.
“Tentulah ('Penang Sky
Cab') ini tidak ada kaitan dengan pengangkutan awam kerana ia hanya
akan mengangkat 10 penumpang bagi satu kereta (kabin), dan ini perlu
supaya kita boleh mengatasi masalah kesukaran mendapatkan lesen
sekiranya ia satu sistem pengangkutan.
"Kalau kita lihat, sistem ini akan dianggap sebagai satu produk pelancongan yang pada masa yang sama memainkan peranan sebagai satu alternatif bagi pengangkutan awam yang 'lembut'," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada majlis sambutan Hari Air Sedunia 2015 Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.
Produk pelancongan
'Penang Sky Cab' diumumkan pada 15 April lepas oleh Guan Eng sendiri,
selepas dicadangkan oleh syarikat kerajaan persekutuan, Penang
Sentral Sdn. Bhd. (PPSB) dengan anggaran kos antara RM250 juta hingga
RM300 juta, dan dijangka siap pada tahun 2018.
Guan Eng memberitahu,
'Penang Sky Cab' sebenarnya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri,
sementara menunggu Kerajaan Pusat merealisasikan pembangungan MRT,
LRT atau monorel yang kononnya pada tahun 2030 nanti.
No comments:
Post a Comment