KETUA Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng (empat dari kiri) bersama-sama pemimpin Toray pada majlis di sini, tengah hari tadi. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI
JEREJAK – Selepas lebih 40 tahun Kumpulan Toray membangunkan
pelbagai jenis perindustrian di negeri ini, syarikat antarabangsa
dari negara Jepun tersebut baru-baru ini membuka satu lagi bahagian
kilang Penfibre di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.
Bahagian
kilang baru tersebut antaranya menghasilkan Battery separator film
(BSF) untuk pasaran global, iaitu komponen bateri yang digunakan
dalam telefon pintar, komputer tablet, komputer riba dan kenderaan
jenis hybrid.
Ketua
Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, kesetiaan
Toray terus melabur di negeri ini sekaligus menggambarkan bahawa
formula Kerajaan Negeri menggarapkan prospek pelaburan masa depan
melalui tawaran pakej “3T” atau Bakat (Talent), Teknologi
dan Toleransi kian berjaya.
“Toray
mempunyai keserasian industri di Pulau Pinang kerana negeri ini
mempunyai apa yang mereka mahukan, iaitu secara asasnya kita
mempunyai pekerja yang berbakat, teknologi dan yang paling penting
adalah kita (Kerajaan Negeri) ada toleransi untuk idea baru.
“Terima
kasih kepada Toray kerana terus menyediakan ribuan peluang pekerjaan
untuk warganegara Malaysia di Pulau Pinang sejak empat dekad lalu,”
jelas Guan Eng pada Majlis Jamuan Tengah Hari dan Acara Pembukaan
Bahagian Penfibre BSF Toray di Hotel Equatorial di sini, tengah hari
tadi.
Naib
Presiden Kanan Perbadanan Perindustrian Toray Jepun, S. Hagiwara, O.
Inoue (Presiden Toray Battery Separator Film Co., Ltd.) dan H.
Yoshimra (Pengarah Urusan Industri Toray Malaysia) turut berucap pada
majlis tersebut.
Hadir
sama, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Konsulat Besar
Jepun Ke Pulau Pinang, R. Noda.
Guan
Eng yang juga ADUN Air Putih memberitahu, Toray kini boleh dianggap
sebagai salah satu pelabur terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia,
jika berdasarkan RM4.5 bilion jumlah pelaburannya hingga kini dan
RM4.1 bilion hasil jualan tahunan, melalui kilang-kilang seperti
Penfibre, Penfabric, Toray Plastic Malaysia dan Toray BASF PBT
Rasin.
Selain
itu, katanya, pelaburan ke Pulau Pinang yang diluluskan oleh Kerajaan
Negeri bagi tahun 2014 meningkat 109 peratus menjadi RM8.2 bilion,
berbanding RM3.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Katanya
lagi, pelaburan ke Pulau Pinang dalam tempoh tujuh tahun sehingga
2014 pun masih menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus menjadi
RM48,211 juta, berbanding angka RM24,932 juta yang direkodkan dalam
tempoh sama sebelum tahun 2008.
“(Dalam
tempoh tahun 2008 hingga 2014,) peluang pekerjaan turut meningkat
kira-kira 20.1 peratus menjadi 109,592 (pekerjaan), berbanding 91,252
untuk tempoh yang sama (2007 hingga 2001),” jelas Guan Eng yang
juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan,
Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Pada perkembangan lain,
Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Toray atas kegigihan
melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti
sumbangan RM2.5 juta untuk pembangunan Kompleks Kolam Renang Awam
Seberang Jaya pada tahun 1982, penubuhan Yayasan Sains Toray Malaysia
pada tahun 1993, papak elektronik di Stadium Batu Kawan pada tahun
1999 (RM6 juta), penubuhan Pusat Pemindahan Pengetahuan Toray di
Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 10
April 2013 (RM4 juta), dan terbaru sumbangan RM300,000 demi
meralisasikan rancangan projek penubuhan Tech-Dom Pulau Pinang
bernilai RM25 juta.
Sebelum itu, S. Hagiwara
dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kerjasama pelaburan
strategik di negeri ini.
“Kami menjangkan ia
(kerjasama pelaburan strategik) akan memberikan sumbangan yang besar
pada perkembangan perniagaan BSF Toray di peringkal global.
“Tanpa panduan serta
kerjasama, operasi perindustrian kami di Malaysia tidak mampu
mencapai kejayaan sebagaimana Kumpulan Toray (Malaysia) yang dianggap
sebagai pelaburan Toray di luar negera Jepun terpenting, kini,”
jelas Haqiwa lagi.
Selain di Malaysia,
industri Toray turut bertapak Japun, Amerika, Perancis, Korea dan
China.
Pulau Pinang menjadi
destinasi pelaburan pilihan Toray sejak tahun 1973.
No comments:
Post a Comment