Skip to main content

MPSP, Seoul meterai perjanjian persefaham bersejarah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif baru memeterai suatu perjanjian persefahaman (MOU) pada 9 April lepas dengan Datuk Bandaraya Seoul, Won-soon Park di Korea Selatan.

Munurut Maimunah, memorandum persefahaman itu antara lain menyertuh aspek polisi memulihara alam sekitar serta saling bertukar pengalaman dan teknologi berwajib di kedua-dua bandar.

"MPSP diberi pengiktirafan dalam beberapa perkara penting dalam kerjasama yang dipersetujui secara bersama mengenai pemuliharaan alam sekitar dan kita (MPSP) bersetuju untuk menandatangani MOU ini dengan Seoul demi mengeratkan lagi persaudaraan (antara kedua-dua bandar).

Tambah beliau, kebanyakan inti utama perjanjian persefahaman tersebut adalah menyentuh pada polis bekerjasama merealisasikan kehijauan serta mengukuhkan kerjasama yang strategik.

"Kedua-dua bandar sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan dan persamaan, pertukaran pengalaman, perkongsian kepakaran yang diperlukan serta pengalaman dalam pengurusan sisa dan sisa yang diperbaharui menjadi tenaga (WTE).

Justeru, katanya lagi, pengiktirafan peringkat antarabangsa itu sekaligus mereputasi nama Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Maimunah memberitahu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan turut diberi pengiktirafan menganggotai ahli ICLEI (Logar Governments for Sustainability) sejak 2014.

Maimunah pada 8 hingga 12 April lepas dipilih mewakili Asia Tenggara dengan menghadiri Kerajaan Tempatan untuk Kelestarian (ICLEI) Kongres Dunia 2015 di Korea,


ICLEI adalah badan bukan keuntungan antarabangsa yang menyediakan jaringan bagi membolehkan pelopor kemapanan seluruh dunia bukan sahaja mencetuskan perubahan di kota, malah seluruh dunia.