05 March 2015

P.Pinang tidak amal caj Pelarasan Deposit air seperti Kedah, tegas Guan Eng

TAN Kok Yew (kiri) dan Teoh Book Kok (kanan) menunjukkan contoh bil bekalan air yang dikeluarkan oleh SADA, pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Caj Pelarasan Deposit setinggi RM35 untuk tujuan pemotongan atau penyambungan semula belalan air bersih yang dikuatkuasa oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kedah tidak akan diamalkan di negeri ini.

Malah, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sama sekali tidak akan bersetuju dengan kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Badrol Hisham Hashim yang menuntut pelaksanaan caj Pelarasan Deposit di seluruh negara.

“Saya ingin menegaskan di sini, ini (caj Pelarasan Deposit setinggi RM35) tidak diamalkan di Pulau Pinang," tegas Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Exco Kerja Raya Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kedah, Tan Kok Yew (Derga) dan Teoh Boon Kok (Kota Darul Aman) turut menyertai sidang media itu.

Menurut Guan Eng, cadangan Badrol yang juga ADUN Kuala Nerang hanya menambahkan lagi beban kos sara hidup rakyat di Kedah dan Pulau Pinang.

“Sekiranya kena potong air atau tidak mereka akan kutip terlebih dahulu duit tersebut (RM70).

"Ini bermakna  ia dikira sebagai wang pendahuluan tanpa faedah dan boleh simpan juta-juta tanpa faedah,” ujar Guan Eng yang juga ADUN Air Putih  merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Justeru, katanya lagi, PBAPP masih mengekalkan polisi polisi sedia ada, iaitu tiada apa-apa caj dikenakan untuk proses pemotongan bekalan air, manakala, RM10 untuk proses penyambungan semula kemudahan utiliti tersebut.

Sebelum itu, Kok Yew turut mempersoal amalan terbaru Kerajaan Kedah.

“Jangkaan kutipan akan meningkat kerana terdapat hampir 540,000 akaun pengguna.

"ini adalah tidak patut, mengapa mereka (Kerajaan Kedah) nak ambil deposit ini...untuk apa kerajaan nak simpan duit ini,” ujar Kok Yew.

Difahamkan, caj Pelarasan Deposit yang diamalkan di Kedah berdasarkan Kajian Semula Deposit di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (deposit, fi dan caj perkhidmatan air) 2014, berkuatkuasa di negeri berkenaan mulai 1 Februari lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri terus impian rakyat Pulau Pinang menikmati tarif air terendah berbanding negeri-negeri lain, iaitu pada kadar RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.

Kenggunaan air sehingga 70,000 liter bagi dwi bulanan turut tidak akan dikenakan caj denda tambahan.

Namun, penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan sebanyak 16.7 peratus.

Penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakankan caj tambahan sebanyak 20.7 peratus.

Penggunaan air melebihi 200,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan paling tinggi iaitu, 20.9 peratus.

“Pengguna di negeri ini akan terus menikmati tarif air pada kadar terendah, manakala surcaj yang akan ditanggung oleh pembazir bekalan air bersih sahaja,” jelas Guan Eng lagi.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan bahawa ketegasan Kerajaan Negeri dalam menolak amalan tadbir urus yang jelas merugikan rakyat terbanyak di Pulau Pinang.

JADUAL di atas menunjukkan surcaj atau denda maksimum 20 peratus hanya dikenakan ke atas mereka yang membazir air sahaja. | Sumber: PBAPP.
TARIF air Pulau Pinang yang kekal direkodkan paling rendah di Malaysia mungkin salah satu punca krisis air sengaja dipolemikkan di negeri berkenaan oleh pihak tertentu. | Sumber: PBAPP.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus