Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GOORGE
TOWN - Ketua
Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng akhirnya diminta campur tangan mengenai kes
pengusiran penduduk asal Kampung Siam dekat Pulau Tikus, yang kini berdepan
tindakan mahkamah serta desakan pihak pembangkang Pulau Pinang agar kampung itu
diwartakan sebagai ‘Kampung Warisan’.
Menurut Guan Eng, Kerajaan
Negeri hari ini secara pentadbiran sejak tahun 2009 lagi menolak dua permohonan
untuk mengezonkan semula tanah keagamaan dan kebudayaan Kampung Siam kepada
kawasan perniagaan am.
Malah,
beliau mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri era Barisan Nasional pada 13
September 1996 pernah mengezonkan semula tanah kampung tersebut sebagai kawasan
perniagaan am, tanpa terlebih dahulu memberitahu penduduk.
"Mengapa
dizonkan sebagai kawasan perniagaan am, itu kena tanya Kerajaan (Pulau Pinang)
dulu lah...semasa itu (1996), semua penduduk (Kampung Siam) pun tak tahu.
"Tanah
ini bukan satu orang punya, bukan dua orang punya dan bukan tiga orang punya
(sebaliknya) ini tanah adalah pertubuhan punya...kita sudah tolak dua kali
permohonan (pengezonan semula).
"Ia
(proses perundangan di Mahkamah), biasanya akan memihak kepada tuan punya tanah
kalau mengikut undang-undang, sungguhpun kita tak berikan sebarang kelulusan
(pemajuan)," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah &
Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal
Bukan Islam di sini baru-baru ini.
Beliau memberi penjelasan
itu dalam satu majlis interaksi dengan penduduk asal di pejabatnya, yang turut
disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey.
Tambah Guan Eng, tak cukup penduduk asal
Kampung Siam sudah diwakili oleh seorang peguam di mahkamah, melainkan mereka
mengemukakan hanya suatu suara sahaja melalui penubuhan badan bertindak
penduduk di sana.
Sebelum itu, Soo Huey sekali lagi mendedahkan
kronologi ketuanpuanyaan tanah Kampung Siam, sebagai menolak dolak dalih
pembangkang Pulau Pinang yang cuba menafikan bahawa kawasan tersebut pernah
dizonkan semula sebagai ‘perniagaan am’ pada tahun 1996.
Terdahulu, Kampung Siam dilindungi sebagai
amanah selepas Syarikat India Timur bagi pihak Queen Victoria pada 1845
menyerahkan tanah berkenaan kepada komuniti Siam dan masyarakat Burma.
Geran asal tersebut menyatakan bahawa
tanah itu akan digunakan untuk faedah keturunan masyarakat asal di situ sahaja,
atas empat penama, iaitu dua mewakili masyarakat Siam dan dua lagi mewakili
masyarakat Burma.
Selepas dua Pemegang Amanah Burma
meninggal dunia pada bulan November 1928, dua nama lain telahpun dilantik
sungguhpun tidak didaftar semula dalam geran.
Nai Chuang Sararaks dan Bhikku Daeng
pada tahun 1968 memohon ex-parte memandangkan kedua-dua Pemegang Amanah
masyarakat Siam telahpun didaftar sebagai Pemegang Amanah Wat Siam.
Ekoran itu, masyarakat Siam serta dua
pemegang amanah tersebut beranggapan bahawa tanah tersebut telahpun dibahagi antara
pihak mereka dan masyarakat Burma.
Sejak itu, masyarakat Burma menguruskan
sebidang tanah berasingan yang terletaknya Kuil Burma, manakala, masyarakat
Siam pula menguruskan sepenuhnya sebidang tanah lagi yang menempatkan rumah
ibadat mereka dari Jalan Kelawai hingga ke Jalan Burma.
Maung Chan Tun & Maung Chan Tyn pada
1971 telahpun dilantik sebagai ahli majlis mesyuarat masyarakat Burma.
Pengarah Tanah Hak Milik Pulau Pinang
dan Melaka pada bulan September tahun yang sama bagaimanapun menjelaskan bahawa
langsung tiada pembahagian pada geran asal tanah kepada masyarakat Siam atau
Burma.
Justeru, Maung Chan Tun & Maung Chan
Tyn pada tahun 1972 memohon nama mereka turut dimasukkan sebagai tuan punya
tanah tersebut, sungguhpun ditolak oleh pihak responden, Nai Chuang Sararaks
& Bhikku Daeng.
Akhirnya, hakim memutuskan pendaftaran tanah
itu dilakukan atas nama Pemegang Amanah.
Pada tahun 1973, Mahkamah sekali lagi
mengarahkan Pemegang Amanah masyarakat Siam supaya berhenti mengutip sewa dan
pendapatan hartanah di atas tanah tersebut, selain mengarahkan Tetuan Wong
Hoong Keat, Wong Loh Hum & Co. menguruskan urusan kutipan sewa serta
pendapatan hartanah berwajib seperti diarahan oleh Pemegang Amanah.
Suatu perjanjian dibuat antara Bhikku
Daeng a/l Nai Chan Satchaphan dan Sook Buranakol (dipanggil 'Badan Amanah Thai')
serta Maung Boon Khan dan Hla Toon Toolseram (dikenali sebagai 'Badan Amanah
Burma') untuk memutuskan pembahagian harta itu pada tahun 1994.
Lot tanah. 104, seksyen 4, George Town
telah berjaya dibahagikan kepada dua lot, iaitu Lot. 2102 (12,397m2) dan Lot.
2103 (5,459m2), tetapi kedua-dua lot tanah masih dituanpunyakan oleh empat pemegang
amanah yang sama.
Mereka, Bhikku Daeng a/l Nai Chan Satchaphan
dan Sook Buranakol (Badan Amanah Thai) serta Maung Boon Khan dan Hla Toon
Toolseram (Badan Amanah Burma).
Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada
tahun 1996 telahpun mewartakan Pelan
Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan (Pelan Asas).
Dalam Pelan Asas, sebahagian daripada
Lot. 2103 telah dikategorikan untuk "Budaya / Agama", manakala bahagian
di Jalan Burma termasuk di mana rumah-rumah kampung yang dikategorikan sebagai
"Perdagangan".
Perintah Mahkamah pada tahun 2002
meminta rombakan pada geran tersebut, di mana Lot. 2102 didaftar atas nama Bhikku
Daeng a/l Nai Chan Satchaphan dan Sook Buranakol, manakala, Lot. 2103 didaftar
atas nama Maung Boon Khan dan Hla Toon Toolseram.
Dana RM3,778,523.73 yang selama ini
dipegang oleh Penerima Wong Hoon Keat telahpun dibahagi, di mana komuniti Siam
dan Burma masing-masing menerima tunai RM1,889,261.
Pada tahun 2009, pemaju Airmas
Development Sdn. Bhd. memohon pengezonan semula tanat Lot. 2103 sebagai “kawasan
perniagaan am” sebanyak dua kali, tetapi, ditolak oleh Jawatankuasa Perancangan
Bandar di bawah Kerajaan Negeri hari ini.
Ini kerana, pentadbiran Guan Eng
berpendapat bahawa tanah itu masih diamanahkan sebagai status keagamaan dan
kebudayaan.
Sejak April tahun ini, 25 penduduk asal diberikan
notis keluar daripada peguam pemaju, Lima Bintang Warisan Sdn. Bhd.
Pemaju juga telah menghantar permohonan
kepada MPPP pada bulan sama untuk perobohan tujuh kedai-kedai dan 10 buah rumah,
supaya memberi laluan pada pemajuan hotel lima tingkat dan tiga kedai atau
pejabat di tanah berkeluasan 2,681 meter persegi di Kampung Siam tersebut.
Penduduk hingga kini terus mempersoalkan
pengezonan semula tanah "budaya dan agama" kepada status komersial
hanya demi projek pembangunan, sungguhpun pentadbiran Guan Eng telahpun
mendedahkan latar belakang isu Kampung Siam berkenaan.
No comments:
Post a Comment