28 September 2014

Aku beli air nyiur kerana 'jebong'-nya....


KENANGAN membeli belah Klonghae Floating Market, lewat petang di sini.


KREATIVITI mengindahkan Klonghae Floating Market, bak malam ini.


"Saya membeli air nyiur kerana cinta saya pada jebong-nya (baca: keunikan botol minuman ukiran ikan kaloi emas)...."

CAKAP-cakap orang di sini memberitahu, sampai ke hari ini, sungai di sini airnya mati.

Dua tahun lepas, keadaan di sini tidaklah semeriah pada malam ini.

Kerana sungai ini mati, airnya semasa itu sudah tentu keruh dan tak elok untuk mata memandang.

Kalau fikir secara logik, patut tak hidup Klonghae Floating Market kerana air sungai di sini mati.

Sesungguhnya Klonghae Floating Market adalah simbol kreativiti komuniti di sini.

Di sini, yang diniaga bukan sekadar minum, pakaian atau cendera mata sahaja, malah, kreativiti.

Kreativiti komuniti yang disokong oleh kerajaan tempatan di sini telah mengubah kawasan sungai yang mati menjadi Klonghae Floating Market, iaitu salah satu destinasi pelancongan pilihan di Hatyai.

Jebong
Saya beli air kelapa di sini dengan harga 25 Bath, bukan kerana nak minum air kelapa sangat.

Tetapi, kerana tertatik dengan 'jebong'Jebong?

Jebong bukan dalam olego bahasa di sini sahaja, tetapi ada dalam kamus negatif Melayu di tanah air Malaysia.

Kalau pergi di kawasan pedalaman Udara Semenanjung Malaysia, jebong ini masih meniti basah di bibir mereka, usik-usik yang dinisbahkan kepada pondan (transeksual).

Ini, bukan bahasa mengusik semata-mata.

Sebenarnya, ini cara orang Melayu lama dulu bercakap, antaranya bertujuan cuba melunakkan sesuatu yang sulit.

Makna sebenar jebong adalah botol, tetapi,  merujuk pada alat kemaluan lelaki yang menjadi hamba pada lelaki (hubungan sejenis).

Terkenang arwah Fadhil Noor
Cara cakap orang Melayu dulu kalau berkata dengan kiasan, menyindir itu tegur dan berpantun itu kelahi.

Mereka tak mudah mem'barua'kan dan mem'broker'kan kawan-kawan seperjuangan secara mewah semata-mata kerana terlalu kasihkan kemewahan duniawi lawan.

Terlalu berterus terang secara marah ini bukanlah cara fikir Melayu, tetapi lebih mendekati budaya politik keAraban.

"Arwah Datuk Fadhil Noor pun belajar di negara Arab (baca: Mesir) dan tak sunyi juga daripada diusik kritikan, tetapi tidak seperti sesetengah kelaku kasar pemimpin hari ini," celah seorang veteran PAS.

Saya pun tak tahu, kenapa begitu?

Pun begitu, saya masih ingat, Datuk Fadhil Noor kalau nak menjawab kritikan ahli pun, cukup berlapit dengan mantik serta cara berfikir Melayu.

"Kalau nak jolok nyok (kelapa), jangan duduk bawah pokok sebab takut ditimpa. Bukan apa, takut nyok tua tak luruh, yang luruh nyok muda..." jawab Fadhil Noor kaya dengan mantik Melayu.

Apabila saya fikir balik, ini bukan isu belajar di negara Arab atau terlalu fikir ikut keluhuran Melayu.

Ini isu sikap. Sombong yang ada dalam diri mungkin punca mereka mudah mem'barua'kan dan mem'broker'kan kawan-kawan seperjuangan secara mewah.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Hatyai

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus