05 August 2014

Mustahil pesta bogel dibenarkan di P.Pinang, tegas Guan Eng


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Isu klip berita video 18 individu mengadakan pesta bogel di Hutan Negara Teluk Bahang yang dikesan viral dalam internet sejak pagi tadi mustahil direstui Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya meminta isu kontroversi itu disiasat oleh polis jika membabitkan bukan Islam, atau dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) jika membabitkan orang Islam.

"Kasino pun kita (Kerajaan Negeri) tidak benarkan (dibuka) di Pulau Pinang, takkan lah aktiviti seumpama ini (pesta bogel) dibenarkan pula.

"Memang saya dapatkan sahkan bahawa Kerajaan Negeri atau MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) tidak akan meluluskan permohonan aktiviti seumpama ini.

"Kalau benar aktiviti ini wujud, pihak (berwajib) perlu membantu siasatan kerana Hutan Negara Teluk Bahang di bawah Kerajaan Persekutuan," ujar Guan Eng di Komtar tengah hari tadi.

No comments:

Post a Comment