04 August 2014

PAS jangan untung secepat, rugi segantang...

BAYANGKAN idea mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berjaya dengan sokongan PAS dan Umno, mandat ini kekal sehingga PRU14 sahaja.

Khalid yang ditolak PKR dan DAP tentu bukan lagi calon Menteri Besar Selangor semasa itu.

Dan, tokoh itu tentu akan mengundur diri atau kekal bertanding atas atas tiket BEBAS.

Takkan PAS semasa PRU14 masih nak bergantung pada peribadi Khalid, atau mahu kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat?

Di sinilah, salah satu timbang tara yang perlu dibawa oleh PAS dalam mesyuarat 8 Ogos ini.

Takkan PAS pilih keuntungan politik sementara hingga PRU14, dan rugi berpanjangan dari segi imej parti yang jelas dilihat tidak hargai konsensus PR?

Jangan untung secupak, tapi rugi segantang.

Setuju?

No comments:

Post a Comment