Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Lebih 300 orang
menyertai Majlis Kesyukuran dan Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Syeikh Abdullah
Fahim, sempena Hari Jadi Rasmi Kali Ke-76 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang
Di-Pertua Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Mufti Pulau Pinang,
Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memimpin bacaan Surah Yaa Sin dan
Tahli pada majlis kesyukuran TYT Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.
Timbalan Ketua
Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal
Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif
Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Datuk Mokhtar
Jait (Pegawai Kewangan Negeri) turut hadir pada majlis itu.
Hadir sama, Yang
di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh
Man, Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Mahkamah Sharie Pulau Pinang),
Datuk Razali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, JHEIPP),
Datuk Wira Abd. Rahim Hanafi (Ketua Polis Negeri), Datuk Seri Mohd. Yussof
Latiff (Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, PEMENANG) serta Ketua-ketua
Jabatan dan kenamaan lain.
Manakala, Ketua
Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, Datuk Law Choo Kiang (Yang di-Pertua Dewan
Undangan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya,
Pengangkutan & Utiliti) pula hanya menyertai jamuan berbuka puasa bersama
Tun Abdul Rahman.
Hari Jadi Rasmi TYT
diraikan tiap-tiap tahun pada hari Sabtu minggu kedua dalam bulan Julai.
No comments:
Post a Comment