04 June 2014

Guan Eng bentang gagasan Paradigma Pulau Pinang, tarik pelabur Eropah

LIM Guan Eng membentangkan gagasan Penang Paradigm (2012-2022) dalam satu wacana kendalian tink-tank Penang Institude (PI) di Mid-Valley, Kuala Lumpur pada 5 Mac tahun lepas | Foto: Facebook Lim Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Elemen idea, pelaburan dan infrastruktur yang digagaskan dalam Paradigma Pulau Pinang (2012-2022) diharap turut mencuri minat pelabur asing dari Eropah ke negeri ini.

Demikian masej yang disampaikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam pertemuan bersama-sama EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUMCCI) di sini baru-baru ini.

“Pengintegrasian ketiga-tiga elemen ini bukan sahaja meningkatkan dinamisme ekonomi, tetapi, juga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dan lestari dengan keadilan sosial untuk semua, serta persekitaran yang sesuai untuk didiami,” ujar Guan Eng pada majlis bersejarah itu.

Menulas lanjut mengenai Paradigma Pulau Pinang, Guan Eng berkata, idea yang kreatif dan inovatif umapamanya adalah sangat diperlukan untuk pembangunan sosio-ekonomi masa depan negeri.

Atas maksud iti, jelasnya lagi, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah Creative Animation Triggers (CAT) di kawasan George Town, pusat bandar negeri yang dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengurangkan campurtangan dalam urusan perniagaan, termasuk membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi menggalakan persaingan pelaburan dalam semua sektor industri di negeri ini.

Difahamkan, Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan negeri paling besar menyumbang pelaburan luar negeri (FDI) kepada negara, iaitu sebanyak RM19.7 bilion dari tahun 2010 sehingga Ogos 2013.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga turut membangunkan infrastruktur awam merangkumi aspek urus tadbir baik, mementingkan ketelusan dalam proses membuat dasar, serta merancang dan melaksanakan pembangunan yang benar-benar menguntungkan rakyat terbanyak.

Ini kerana, katanya, pembangunan infrastruktur awam masa depan Pulau Pinang seharusnya dilihat tidak terbatas pada fizikal jaringan sistem jalan raya serta pengangkutan awam.

“Semua pendekatan holistik dalam kerangka Paradigma Pulau Pinang ini juga dijangka mengubah Pulau Pinang menjadi sebuah masyarakat yang seimbang, intelektual, kreatif, progresif, berdaya saing dan mampan,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pengerusi EUMCCI, Fermin Fautsch, Minna Saneri (Pengerus Besar EUMCCI), H.E. Luc Vandebon (Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia) dan H.E. Nicolai Ruge (Duta Diraja Denmark) antara kenamaan yang mengikuti perkongsian Guan Eng mengenai pelan pembangan sedekad negeri, Paradigma Pulau Pinang (2012-2022). 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus